Keselamatan negara tanggungjawab bersama: peranan, isu dan cabaran / Yarina Ahmad ... [et al.]

Buku "Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama: Peranan, Isu dan Cabaran" merupakan naskah rujukan ilmiah bagi segenap lapisan masyarakat tentang agenda keselamatan negara yang diterajui oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) seiring dengan pelaksanaan Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-202...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad, Yarina, Zainal Abidin, Raja Nushirwan, Ayob, Nor Azira, Tahir, Nor Suziwana, Abd Rahman, Norazah
Format: Book
Language:en
Published: UiTM Press 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/99522/1/99522.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/99522/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Buku "Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama: Peranan, Isu dan Cabaran" merupakan naskah rujukan ilmiah bagi segenap lapisan masyarakat tentang agenda keselamatan negara yang diterajui oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) seiring dengan pelaksanaan Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025. Buku daripada hasil penyelidikan ini menggarapkan hasil dapatan Kajian Indeks Keselamatan Kebangsaan (IKK) yang telah dijalankan pada tahun 2022 dengan kerjasama strategik penyelidikan di antara MKN dan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Kajian IKK ini melibatkan seramai 81 orang penyelidik UiTM di seluruh Malaysia, 58 orang penyelidik strategik MKN, dan 8 orang pembantu penyelidik. Buku ini menyampaikan naratif keselamatan negara yang diperolehi dari bukti empirikal melalui penyelidikan daripada lensa tiga kumpulan masyarakat: (1) kumpulan penguat kuasa dan pelaksana yang berurusan dengan keselamatan negara; (2) pemimpin komuniti; serta (3) masyarakat Malaysia. Penerokaan dapatan kajian yang kaya lagi mendalam dengan adaptasi metodologi penyelidikan yang kukuh telah membuahkan suatu naratif keselamatan negara yang komprehensif dan menyeluruh bagi pembacaan umum seluruh rakyat Malaysia. Melalui kaedah penyelidikan pelbagai (multi-method), buku ini membentangkan hasil dapatan kajian yang mengaplikasikan tiga pendekatan, termasuk sesi libat urus bersama agensi peneraju yang berurusan dengan keselamatan negara, pendekatan kualitatif melibatkan temu bual mendalam (In-depth Interviews - ID Is), temu bual kumpulan berfokus (Focus Group Discussions - FGDs), dan kaedah kuantitatif melibatkan soal selidik dalam talian dan secara bersemuka.