Transkrip wawancara bersama Puan Azlinda binti Nordin usahawan / Syahrill Norizan Ahmad Fauzi and Wan Nur Nabila Nordin

Batik merupakan lambang seni warisan kreatif yang mempunyai sejarah tersendiri yang diiktiraf sebagai warisan negara yang bernilai tinggi serta salah satu kraftangan yang lerkenal di peringkat global. Kajian ini berkaitan tentang "Seni Traditional: Batik Tunjang Seni Warisan" di negeri Kel...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad Fauzi, Syahrill Norizan, Nordin, Wan Nur Nabila
Format: Oral History
Language:en
Published: Perpustakaan Tengku Anis 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/97309/1/97309.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/97309/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Batik merupakan lambang seni warisan kreatif yang mempunyai sejarah tersendiri yang diiktiraf sebagai warisan negara yang bernilai tinggi serta salah satu kraftangan yang lerkenal di peringkat global. Kajian ini berkaitan tentang "Seni Traditional: Batik Tunjang Seni Warisan" di negeri Kelantan bagi menyelusuri sejarah perjalanan warisan batik serta menjadikan batik sebagai lambang seni warisan pada masa akan datang. Pengusaha batik memainkan peranan penting demi memastikan seni batik negara dapat dimartabatkan dan mencapai zaman kegemilangan. Kajian ini menunjukkan bahawa Syarikat Nordin Batik Sdn Bhd mampu mengorak langkah lebih jauh apabila berjaya melakar kejayaan demi kejayaan dan semakin dikenali ramai. Hal ini secara tidak langsung mampu memartabatkan nilai estetika. "Batik" sebagai seni warisan lama serta menyampaikan maksud dan nilai budaya Melayu yang semakin ketara keterbukaannya seiring dengan perkembangan dunia pada masa kini. Pada zaman dahulu, batik dianggap sebagai seni traditional tetapi setelah pelbagai inisiatif oleh pelbagai pihak dilakukan melalui revolusi kontemporari kini batik mampu dijadikan sebagai elemen utama dalam rekabentuk dan rekahias pakaian fesyen terkini. Kini "Batik" mampu bertapak sejajar dengan kemajuan dan perkembangan teknologi dalam memperkenalkan dan mempromosi batik semakin hebat.