Kajian mengenai ciri-ciri pelaku dan mangsa jenayah sumbang mahram di Malaysia / Maheran Zakaria, Tengku Adida Tengku Zainal Mulok and Wan Murshida Wan Hashim

Sumbang mahram adalah masalah jenayah seksual yang berat, malah jauh lebih serius daripada rogol biasa kerana ia dilakukan oleh seorang yang bertanggungjawab untuk menjaga, memberi pendidikan agama dan moral secukupnya, serta menunjukkan teladan yang baik tetapi di sebaliknya mengambil kesempatan de...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zakaria, Maheran, Tengku Zainal Mulok, Tengku Adida, Wan Hashim, Wan Murshida
Format: Research Reports
Language:en
Published: 2004
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/97150/1/97150.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/97150/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sumbang mahram adalah masalah jenayah seksual yang berat, malah jauh lebih serius daripada rogol biasa kerana ia dilakukan oleh seorang yang bertanggungjawab untuk menjaga, memberi pendidikan agama dan moral secukupnya, serta menunjukkan teladan yang baik tetapi di sebaliknya mengambil kesempatan dengan menodai gadis jagaannya yang tidak berdaya. Banyak kesan-kesan buruk akibat daripada perbuatan ini scperti lahir anak yang tidak jelas keturunannya, buang bayi, lari dari rumah, bohsia dan pelbagai masalah sosial. Terdapat banyak faktor yang yang menyumbang kepada masalah ini, dan objektif utama kajian ini ialah untuk mengkaji ciri-ciri pelaku dan mangsa. Ciri-ciri pelaku dan mangsa yang dikenalpasti ialah status pekerjaan, etnik, agama, hubungan mangsa dengan pelaku dan usia. Kajian ini juga mengkaji tren jenayah sumbang mahram di Malaysia, juga untuk mengenalpasti kekerapan berlaku masalah ini berdasarkan lokasi atau negeri. Dengan merujuk kepada data-data dari lbu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman dari tahun 2000 hingga 2003 sebanyak 1019 kes, dan kesemuanya telah dikaji dan dianalisa. Data diinteterpretasikan dalam bentuk taburan frekuensi dan dipersembahkan dalam bentuk jadual dan rajah. Keputusan menunjukkan kebanyakan pelaku dan mangsa berada dalam golongan bawahan dan berbangsa melayu. Manakala bagi pelaku golongan bapa iaitu bapa kandung, bapa saudara dan bapa tiri dengan golongan yang berumur di atas 18 tahun adalah yang paling banyak terlibat dengan jenayah ini. Mangsa yang kerap dijadikan sasaran adalah m ereka yang berusia di bawah 16 tahun. Dari segi peningkatan kes pula, kes meningkat dari tahun 2000 hingga 2002 tetapi mengalami penurunan pada 2003. Negeri Johor, Selangor dan Sabah pula mencatatkan tempat teratas kes ini dilaporkan. Kajian di masa akan datang boleh mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya sumbang mahram.