Dari sukarelawan MSSM ke KARISMA / Razif Sazali and Mai Dhaniah Meor Ab. Rahim

Dahulu, Noor Nada Hazirah Binti Abdul Rahman atau lebih mesra dipanggil Nada, pernah menjadi sukarelawan di Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM). Sebagai anak Johor, pengalamannya di MSSM menarik minatnya untuk terlibat dalam KARISMA kali ini. Beliau, seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepuj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sazali, Razif, Meor Ab. Rahim, Mai Dhaniah
Format: Book Section
Language:en
Published: Universiti Teknologi MARA Negeri Sembilan Branch, Seremban Campus 2024
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/96435/1/96435.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/96435/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dahulu, Noor Nada Hazirah Binti Abdul Rahman atau lebih mesra dipanggil Nada, pernah menjadi sukarelawan di Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM). Sebagai anak Johor, pengalamannya di MSSM menarik minatnya untuk terlibat dalam KARISMA kali ini. Beliau, seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Biologi di Fakulti Sains Gunaan, Kampus Kuala Pilah, sangat teruja dengan peluang untuk menimba ilmu dalam bidang yang berlainan. Ditugaskan dalam bahagian fotografi dan dokumentasi, Nada mendapati pengalaman ini memperkukuhkan kemahiran fotografinya. Apabila ditanya mengapa dia mahu menjadi sukarelawan, Nada berkata, "Saya ingin mendapatkan pengalaman mengendalikan kejohanan besar di peringkat universiti. Negeri Sembilan menjadi tuan rumah, dan saya tidak boleh melepaskan peluang ini untuk menyumbang kepada kejayaan kejohanan ini." Menurutnya, menjadi sukarelawan adalah peluang keemasan untuk terlibat secara langsung dalam komuniti. "Sukarelawan membantu komuniti menjayakan program yang memberi kebaikan sejagat. Dengan semangat sukarelawan, kita dapat memupuk sikap perpaduan dan bekerjasama," kata Nada.