Kesukarelawanan: antara minat dan ibadah / Hisam Satari

Al-Quran menjelaskan berkaitan amalan kesukarelawan melalui ayatal-Quran yang merujuk kepada konsep menyuruh kepada perkara kebaikan yang didasari keimanan kepada Allah SWT dan mencegah daripada perkara kemungkaran yang meninggalkan kekufuran serta konsep fastabiqul khairat iaitu bersegera dalam mel...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Satari, Hisam
Format: Book Section
Language:en
Published: Universiti Teknologi MARA Negeri Sembilan Branch, Seremban Campus 2024
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/96433/1/96433.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/96433/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Al-Quran menjelaskan berkaitan amalan kesukarelawan melalui ayatal-Quran yang merujuk kepada konsep menyuruh kepada perkara kebaikan yang didasari keimanan kepada Allah SWT dan mencegah daripada perkara kemungkaran yang meninggalkan kekufuran serta konsep fastabiqul khairat iaitu bersegera dalam melakukan kebaikan sebelum sampai saat kematian. Khidmat kesukarelawan berupaya membantu manusia untuk terus hidup secara bermasyarakat dan berkongsi ukhuwah serta kasih sayang. “Sayangilah siapa yang ada di muka bumi, niscaya kamu akan disayangi oleh siapa saja yang ada di langit" (HR At-Tirmidzi) Para sukarelawan merupakan golongan yang berbudi dengan ikhlas kepada AllahSWT (Ali Ibn Muhammad,2009). Segolongan manusia suka melakukan amalan tanpa menzahirkan nama dan tidak mencari publisiti dalam aktiviti kesukarelawanan yang dilaksanakan, walaupun ianya meninggalkan kesan abadi pada jiwa orang lain. “Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikkan, maka dia mendapat pahala sama seperti yang melakukannya” (Imam Muslim). Oleh itu, usaha menampilkan sukarelawan yang sentiasa bersedia untuk berkongsi jasa dan tenaga membantu orang lain penting diberi penekanan.