Smart HYDROT (smart hydroponics rotating tower) / Mohd Noor Thalib ... [et al.]

Program Pertanian Bandar (PPB) telah dilancarkan untuk meningkatkan pengeluaran bahan makanan khususnya daripada aktiviti pertanian oleh penduduk di bandar dan pinggir bandar dilihat mampu memenuhi keperluan sendiri serta negara.Pertanian bandar telah menjadi satu agenda penting negara sejak dilanca...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Thalib, Mohd Noor, Jazmi, Ahmad, Hadi, Irfan, Natasha, Nurul Aliya, Nabila, Anis
Format: Book Section
Language:en
Published: Universiti Teknologi MARA, Kedah 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/96178/1/96178.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/96178/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Program Pertanian Bandar (PPB) telah dilancarkan untuk meningkatkan pengeluaran bahan makanan khususnya daripada aktiviti pertanian oleh penduduk di bandar dan pinggir bandar dilihat mampu memenuhi keperluan sendiri serta negara.Pertanian bandar telah menjadi satu agenda penting negara sejak dilancarkan pada April 2014. Ia menjadi sebahagian daripada aktiviti jaminan keselamatan makanan (food security). Walau bagaimanapun, tidak semua penghuni di bandar dapat melibatkan diri dalam aktiviti tersebut disebabkan beberapa kekangan. Antaranya adalah kekurangan kawasan tanah, kemahiran dan masalah yang paling utama adalah keperluan penjagaan seperti penyiraman yang kerap (1 – 2 kali sehari).Bagi menggalakkan aktiviti pertanian di kawasan perumahan di bandar untuk membantu penduduk mengeluarkan sendiri bahan makanan seperti sayur-sayuran, herba, ulam-ulaman dan rempah ratus yang lebih segar serta bersih, inovasi Smart HYDROT dicipta. Smart HYDROT inovasi penanaman secara hidroponik yang mudah, senang untuk dikendalikan malah ia dikawal sepenuhnya oleh satu sistem elektronik yang cekap dan efficien. Sistem Smart HYDROT ini dikawal menggunakan sistem microcontroller dan beberapa komponen alat kawalan seperti alat kawalan paras air, alat kawalan pencahayaan, alat kawalan suhu dan kelembapan, alat kawalan putaran menara hidroponik, alat kawalan fungsi pam air dan alat kawalan masa dan tarikh. Melalui alat kawalan secara electronic ini masa penjagaan dan penyiraman dapat dilakukan secara automatik. Smart HYDROT ini amat sesuai untuk digunakan oleh pengguna yang agak sibuk dan tiada masa yang banyak untuk bercucuk tanam dan ianya tidak memerlukan kawasan yang luas. Smart HYDROT sesuai untuk pengguna yang tinggal di kawasan yang kekurangan tempat untuk bercucuk tanam sebagai contoh rumah pangsa, kondominium dan kawasan rumah yang sempit.