Pencapaian graduan ijazah sarjana muda (kepujian) pentadbiran perniagaan UiTM Kelantan dalam pasaran pekerjaan: graduan 2000 dan 2001 / Wan Hasni Wan Hasan, Marhaini Hassan and Anidzan Ariffin
Kaji selidik ini bertujuan untuk mengetahui pencapaian graduan-graduan ljazah Sarjana Muda (Kepujian) Pentadbiran Pemiagaan (Pemasaran) dan (Kewangan), UiTM Kelantan dalam pasaran pekerjaan, dengan mengumpulkan profil pekerjaan responden. Persoalan sering ditimbulkan sama ada graduan yang dihasilkan...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Research Reports |
| Language: | en |
| Published: |
2007
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/96028/1/96028.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/96028/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kaji selidik ini bertujuan untuk mengetahui pencapaian graduan-graduan ljazah Sarjana Muda (Kepujian) Pentadbiran Pemiagaan (Pemasaran) dan (Kewangan), UiTM Kelantan dalam pasaran pekerjaan, dengan mengumpulkan profil pekerjaan responden. Persoalan sering ditimbulkan sama ada graduan yang dihasilkan berdaya saing di pasaran pekerjaan, di mana para majikan sudah tidak lagi mengutamakan kelulusan akademik yang cemerlang semata-mata. Skop kajian ini melibatkan 6 kumpulan graduan bagi dua program tersebut yang menamatkan pengajian pada tahun 2000 dan 2001. Jumlah responden ialah 77 orang dan instrumen yang digunakan untuk mengumpul maklumat ialah borang soal selidik. Maklumat awal mengenai alamat responden diperolehi dari fail pelajar di HEA dan borang soal selidik dihantar kepada mereka. Dapatan kajian menunjukkan destinasi pertama bagi lebih 70% responden selepas tamat pengajian ialah memasuki pasaran pekerjaan dan majoriti melalui tempoh menunggu kurang dari 4 bulan untuk mendapat pekerjaan pertama. Lebih ramai yang bekerja di sektor swasta dan kebanyakannya tidak menyertai bidang pemasaran dan kewangan sepertimana kelulusan ijazah yang diperolehi. Majoriti responden juga menyatakan faktor utama yang mempercepatkan kejayaaan mereka mendapat pekerjaan ialah keyakinan diri dan berfikiran positif. Manakala halangan diri yang utama dalam mendapatkan pekerjaan ialah keengganan mereka berhijrah dari tempat tinggal asal. Kajian juga mendapati tiada hubungan yang bererti di antara jantina dengan tempoh masa mendapat pekerjaan pertama. Keputusan juga menunjukkan tiada hubungan yang bererti di antara kelas kepujian ijazah yang diperolehi dengan tempoh masa mendapat pekerjaan pertama. |
|---|
