Ibrah Perang Tabuk / Dr Mohd Kamel Mat Salleh
Peperangan Tabuk berlaku dalam bulan Rejab tahun ke 9 Hijrah. Ia berlaku selepas peristiwa pembukaan kota Mekah. Penaklukan ini digambarkan sebagai neraca penentu antara hak dan batil kerana dakwah Nabi telah tersebar serta diterima oleh orang Arab melalui kemasukan berduyun-duyun ke dalam agama Isl...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Monograph |
| Language: | en |
| Published: |
Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
2024
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/94041/1/94041.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/94041/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Peperangan Tabuk berlaku dalam bulan Rejab tahun ke 9 Hijrah. Ia berlaku selepas peristiwa pembukaan kota Mekah. Penaklukan ini digambarkan sebagai neraca penentu antara hak dan batil kerana dakwah Nabi telah tersebar serta diterima oleh orang Arab melalui kemasukan berduyun-duyun ke dalam agama Islam. Surah al-Fath merakamkan kejayaan orang-orang Islam selepas melalui ujian getir melalui Perjanjian Hudaibiyyah yang membawa isyarat kejayaan menakluk kota Mekah, bumi kelahiran nabi dan orang-orang Muhajirin. Namun begitu, masih terdapat ancaman yang sentiasa mengancam kekuatan orang-orang Islam iaitu Kerajaan Romyang dikenali sebagai empayar terbesar dunia ketika itu selain daripada Kerajaan Parsi. Kaisar Rom menganggap bahawa kerajaan Islam pimpinan Rasulullah SAW adalah halangan kepada mereka untuk menguasai rantau Arab ketika itu. Perang Tabuk berlaku rentetan dari Perang Mu’tah yang terjadi sebelumnya dalam tempoh masa kurang setahun. Di sebalik syahidnya tiga orang pahlawan Islam iaitu Zaid bin Harithah, Jaafar bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawwahah, tentera Islam hasil kebijaksanaan strategi Khalid bin al-Walid berjaya mengkucar-kacirkan tentera Rom sehingga mereka berundur kerana menyangka tentera Islam mendapat bantuan untuk memerangkap tentera Rom. Akhirnya pihak musuh berundur diri dengan tidak meneruskan perang tersebut. |
|---|
