A-DaM - alat bermain, berzikir dan berdoa / Zaeem Harith Abu Tarmizi ... [et al.]

Dunia kanak-kanak adalah bermain. Disebabkan itu pelbagai permainan telah dicipta untuk kanak-kanak di seluruh dunia. Permainan ini juga mempunyai pelbagai bentuk dan rupa. Tambahan pula, dengan kemajuan teknologi sekarang ini telah menghasilkan pelbagai permainan berteknologi dan berinterakrif yang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abu Tarmizi, Zaeem Harith, Din, Norrina, Noorsam, Aiyaz Zakwan, Noorsam, NurAisha Marha
Format: Book Section
Language:en
Published: Universiti Teknologi MARA, Kedah 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/93105/1/93105.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/93105/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dunia kanak-kanak adalah bermain. Disebabkan itu pelbagai permainan telah dicipta untuk kanak-kanak di seluruh dunia. Permainan ini juga mempunyai pelbagai bentuk dan rupa. Tambahan pula, dengan kemajuan teknologi sekarang ini telah menghasilkan pelbagai permainan berteknologi dan berinterakrif yang boleh dimuat turun dan boleh dimainkan dengan komputer, komputer riba, “tablet” dan juga telefon pintar. Namun, terdapat keburukan akibat bermain permainan dengan menggunakan gajet yang sedia ada. Antaranya ialah boleh menyebabkan ketagihan, merosakkan mata akibat daripada cahaya yang dipancarkan oleh alatan tersebut, mengurangkan masa tidur, serta menghadkan masa berinteraksi sesama keluarga dan rakan-rakan. Lebih membimbangkan lagi aktiviti seharian seperti masa untuk bersolat, belajar dan beriadah akan terganggu lantaran ketagihan permainan video ini. Oleh itu, permainan A-DaM ini dicipta khas untuk mengatasi masalah tersebut di samping dapat mengenal nama-nama Allah Asmaul Husna. Ini kerana, mempelajari, mengetahui dan beramal dengan Asmaul Husna ini adalah wajib seperti yang dicatatkan dalam Al Quran "Allah memiliki Asmaul Husna, maka memohonlah kepada-Nya. dengan menyebut nama-nama yang baik itu..." (QS. Al-A'raaf : 180). Dalam hadis juga menyatakan “Sesungguhnya Allah Swt mempunyai 99 nama, iaitu seratus kurang satu, barangsiapa menghitungnya (menghafal seluruhnya) masuklah ia kedalam syurga" (HR. Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, Ahmad, dan Al-Baihaqy. Oleh itu, A-DaM ini adalah unik yang mempunyai kelebihan tersendiri seperti mengajar kanak-kanak untuk berinteraksi sesama sendiri semasa bermain, mengenal Asmaul Husna, belajar untuk berdoa dan menanamkan sifat bersabar dan mengurangkan sinar radiasi jika dibandingkan dengan penggunaan gajet. A-DaM ini direka khas supaya kanak-kanak tidak didedahkan kepada kesan radiasi, ianya ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja. Ia mempunyai karekteristik bukan sekadar sebagai alat permainan malah ianya juga unik dan boleh dijadikan sebagai hiasan di rumah. Ianya dapat dijadikan sebagai alat untuk berdakwah dan juga mempunyai nilai tambah dan memberi impak bukan sahaja kepada kanak-kanak malahan sesuai untuk semua peringkat umur.