Laporan program ujian saringan asas pembangunan insan untuk UiTM Cawangan Negeri Sembilan bagi sesi semester Mac 2023 / Ahmad Azman Mohamad Ramli, Zamri Samsudin and Mohd Sairin Sarlan

Pada tarikh 16 Mac 2023, hari Khamis, bermula pada jam 2.30 petang sehingga 5 petang, telah diadakan program Ujian Saringan Asas Pembangunan Insan untuk semua pelajar-pelajar baru UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau dan Kampus Kuala Pilah bagi semester pengajian Mac 2023. Program ini diadak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad Ramli, Ahmad Azman, Samsudin, Zamri, Sarlan, Mohd Sairin
Format: Monograph
Language:en
Published: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91556/1/91556.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91556/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pada tarikh 16 Mac 2023, hari Khamis, bermula pada jam 2.30 petang sehingga 5 petang, telah diadakan program Ujian Saringan Asas Pembangunan Insan untuk semua pelajar-pelajar baru UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau dan Kampus Kuala Pilah bagi semester pengajian Mac 2023. Program ini diadakan di Dewan Biduanda, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau. Seramai 14 orang kakitangan akademik dan pentadbiran daripada UiTM Cawangan Negeri Sembilan telah bertugas secara sukarela menjadi fasilitator untuk menyaring pelajar-pelajar baru yang dianggarkan seramai 213 orang. Objektif utama program ujian saringan ini diadakan adalah untuk menguji tahap pengetahuan pelajar-pelajar baru berkaitan dengan ilmu asas Fardu Ain. Sekiranya pelajar mendapat markah kurang daripada 30 peratus dalam saringan ini, mereka akan diarahkan menyertai Kelas Kokurikulum Asas Pembangunan Insan (API) selama satu semester sebelum dibenar menyertai lain-lain kelas kokurikulum pada semester berikutnya. Bagi pelajar yang berjaya mendapat markah melepasi 30 peratus, mereka dibenarkan terus memilih kelas kelas kokurikulum yang diminati.