Modul pembelajaran digital entrepreneurkids di tadika / Mazeni Ismail and Abdul Halim Masnan

Dalam konteks perniagaan dan keusahawanan, sikap, kemahiran digital dan penerapan nilai keusahawanan oleh guru prasekolah amat penting menarik minat kanak-kanak. Kajian model pendidikan kewangan awal kanak-kanak yang bersesuaian di Malaysia didapati kurang diberikan penekanan berbanding pada peringk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ismail, Mazeni, Masnan, Abdul Halim
Format: Conference or Workshop Item
Language:en
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90945/1/90945.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90945/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam konteks perniagaan dan keusahawanan, sikap, kemahiran digital dan penerapan nilai keusahawanan oleh guru prasekolah amat penting menarik minat kanak-kanak. Kajian model pendidikan kewangan awal kanak-kanak yang bersesuaian di Malaysia didapati kurang diberikan penekanan berbanding pada peringkat sekolah menengah. Objektif kajian ini adalah Untuk Mereka bentuk Modul Pendidikan Keusahawanan Digital Kanak-kanak Tadika Golongan B40 berdasarkan kesepakatan pakar dan mempelbagaikan kaedah pengajaran guru ke arah yang lebih kreatif bagi meningkatkan pendidikan keusahawanan digital murid prasekolah. Metodologi: Modul pembelajaran digital entrepreneurkids di tadika dibangunkan berasaskan tiga fasa Design and Develop Research (DDR). Fasa pertama, iaitu analisis keperluan kandungan modul yang akan dibina dengan melibatkan 80 orang guru Tadika dengan menggunakan soal selidik. Fasa kedua adalah untuk mereka bentuk modul dengan menggunakan kaedah Interpretive Structural Modeling (ISM) berdasarkan keputusan 10 orang panel pakar. Fasa ketiga adalah untuk mengesahkan kebolehgunaan modul tersebut menggunakan kaedah fuzzy Delphi dengan melibatkan seramai 40 orang guru Tadika. Hasil dapatan: Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu para pendidik dan pengusaha untuk menyampaikan ilmu keusahawanan berasaskan pembinaan Modul Pendidikan Keusahawanan Digital Kanak-kanak Tadika dengan lebih menarik dan berkesan. Reka bentuk modul ini meliputi kandungan, strategi pengajaran, objektif pembelajaran. Kandungan modul ini telah diinovasikan meliputi teks, audio grafik, gambar dan video.Di samping itu, pelaksanaan modul ini dapat memberi kesedaran kepada ibu bapa, masyarakat dan pihak berkepentingan bagi keperluan generasi ini dalam memastikan kesejahteraan ekonomi yang seimbang berdasarkan gagasan Transformasi Nasional 2050. Modul ini juga sebenarnya telah diterimapakai di beberapa buah Tadika sebagai salah satu kaedah yang berkesan dalam mendidik keusahawanan bagi murid-murid prasekolah. Modul ini juga mudah dicapai dan diakses oleh guru di 16 buah negara.