e-ABATA: meningkatkan kemahiran mengenal huruf Hijaiyah berbaris atas dalam kalangan murid tahun 1 / Azharuddin Sabirin ... [et al.]

Kelemahan ketara dihadapi oleh murid yang lemah dalam mengusai kemahiran membaca al Quran adalah disebabkan tidak mengenal huruf serta bunyi huruf hijaiyah. Inovasi ini dijalankan bertujuan meningkatkan penguasaan Al Quran dalam kalangan murid-murid yang masih lemah disebabkan tidak mengenal dan men...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sabirin, Azharuddin, Sabirin, Noor Hasimah, Abdul Muis, Irwan Firdaos, Sabirin, Muhammad Hafizuddin
Format: Conference or Workshop Item
Language:en
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90258/1/90258.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90258/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kelemahan ketara dihadapi oleh murid yang lemah dalam mengusai kemahiran membaca al Quran adalah disebabkan tidak mengenal huruf serta bunyi huruf hijaiyah. Inovasi ini dijalankan bertujuan meningkatkan penguasaan Al Quran dalam kalangan murid-murid yang masih lemah disebabkan tidak mengenal dan mengingat huruf-huruf hijaiyah. Inovasi ini melibatkan seramai 15 orang murid tahun 1 dari SK Ulu Dusun, Sandakan, Sabah. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian pra, tasmik, temubual tidak terancang dan juga pemerhatian. Hasil tinjauan mendapati murid tidak dapat mengenal 28 huruf hijaiyah dengan berkesan seterusnya menyukarkan mereka untuk menguasai kemahiran membaca Al Quran. Bagi menangani masalah yang dihadapi, Utrujah Team telah memperkenalkan e-ABATA iaitu aplikasi interaktif huruf-huruf hijaiyah yang digunakan oleh murid-murid tahun 1 sekolah rendah kebangsaan. Penggunaan aplikasi ini selaras dengan elemen merentas kurikulum, penerapan elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta elemen didik hibur dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Penggunaan aplikasi e-ABATA juga dapat melahirkan murid Celik IT selaras dengan teras utama Pendidikan KPM iaitu peningkatan keupayaan pendidikan digital di sekolah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan e-ABATA ini telah meningkatkan prestasi dalam kalangan murid melalui dapatan data ujian pos, semakan semasa tasmik dan juga pemerhatian. Penggunaan e-ABATA telah memberi impak yang positif dan pembelajaran yang bermakna kepada murid. Penggunaan e-ABATA ini boleh digunakan oleh semua murid di sekolah rendah kebangsaan dalam pengajaran dan pembelajaran Quran kerana ianya merupakan asas kepada matapelajaran Al-Quran. Selain itu, aplikasi e-ABATA yang interaktif sangat membantu menarik minat murid untuk belajar mengenali huruf-huruf hijaiyah dengan tekun.