Beruk kentoi si muka merah / Nur Azimah Osman and Badrul Munir Md Zain
Malaysia mempunyai kepelbagaian kumpulan primat (monyet) yang agak tinggi, iaitu mencapai 25 spesis. Spesis primat yang terdapat di Malaysia antaranya adalah kera, beruk, lutong, siamang, orang utan, konkang, ungka dan beruk kentoi. Beruk kentoi atau nama saintifiknya Macaca arctoides, hidup secara...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Monograph |
| Language: | en |
| Published: |
Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
2023
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/87103/1/87103.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/87103/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Malaysia mempunyai kepelbagaian kumpulan primat (monyet) yang agak tinggi, iaitu mencapai 25 spesis. Spesis primat yang terdapat di Malaysia antaranya adalah kera, beruk, lutong, siamang, orang utan, konkang, ungka dan beruk kentoi. Beruk kentoi atau nama saintifiknya Macaca arctoides, hidup secara meluas di seluruh Asia Selatan, Barat Daya China dan Asia Tenggara termasuk Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja, Vietnam dan Malaysia. Di Malaysia, spesis ini hanya dapat ditemui di hutan separa luruh iaitu Taman Negeri Perlis, Wang Kelian, Perlis. Taman Negeri Perlis (TNP) mempunyai keluasan tapak 5015 ha merangkumi Hutan Simpan Mata Ayer dan Hutan Simpan Wang Mu. Kumpulan penyelidik Malaysia yang diketuai oleh Prof. Dr. Badrul Munir Md Zain dari Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menjalankan kajian awal pemerhatian beruk kentoi secara intensif di TNP dan menerbitkan hasil dapatan kajian di dalam jurnal antarabangsa Biodiversitas pada tahun 2019. |
|---|
