Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Universiti Teknologi Mara dan Macro Dimension Concrete (MDC) Sdn. Bhd. / Noorsuhada Md Nor ... [et al.]
6 April 2022 m / 4 Ramadan 1443h, Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Aquamarine Aras 9, Kompleks Perdana,UiTM Cawangan Pulau Pinang. UiTM Cawangan Pulau Pinang diwakili oleh Profesor Madya Ir. Dr Ahmad Rashidy Razali Timbalan Rektor (Akademik Dan An...
Saved in:
| Main Authors: | , , , , , , |
|---|---|
| Format: | Monograph |
| Language: | en |
| Published: |
Unit Penerbitan FKAPP
2022
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/86790/1/86790.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/86790/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | 6 April 2022 m / 4 Ramadan 1443h, Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Aquamarine Aras 9, Kompleks Perdana,UiTM Cawangan Pulau Pinang. UiTM Cawangan Pulau Pinang diwakili oleh Profesor Madya Ir. Dr Ahmad Rashidy Razali Timbalan Rektor (Akademik Dan Antarabangsa) manakala Macro Dimension Concrete (MDC) Sdn. Bhd. diwakili oleh En. Leow Khang Heng, Ketua Pegawai Eksekutif. Profesor Madya Ir. Dr Ahmad Rashidy Razali mengucapkan setinggi tinggi penghargaan kepada pihak MDC Sdn. Bhd. di atas kesudian dalam menjalinkan kerjasama dengan pihak UiTM amnya dan UiTM Cawangan Pulau Pinang khususnya. Pengurusan Kanan UiTM Cawangan Pulau Pinang juga turut memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi dalam kolaborasi ini. Ketua Pegawai Eksekutif, MDC Sdn. Bhd. berkata, "Daripada hasil kolaborasi dan persefahaman ini, banyak manfaat dapat dihasilkan antaranya penyelidikan, di mana MDC Sdn. Bhd. juga mempunyai pusat pembangunan penyelidikan yang sedang pesat berkembang didalam pelbagai aspek antaranya didalam kejuruteraan awam. Selain itu, menggalakkan juga penglibatan staf dan pelajar UiTM menjalankan latihan industri di MDC Sdn. Bhd. yang terdekat adalah penawaran biasiswa kepada pelajar-pelajar UiTM yang berkelayakan." Manakala, Profesor Madya Ir. Dr Ahmad Rashidy Razali berkata, "UiTM memainkan peranan yang sangat signifikan sebagai platform percambahan ilmu menerusi pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan keperluan semasa. Sehubungan itu, adalah penting untuk sesebuah universiti memperkasa hubungan kerjasama antara universiti dengan industri mahupun institusi latihan dari segi reka bentuk dan penyampaian kurikulum, penyelidikan serta pembangunan pendidikan yang berterusan ke arah melahirkan graduan profesional berkualiti." Beliau menambah lagi, "Menerusi kolaborasi sebegini secara tidak langsung akan menyumbang bukan sahaja kepada kesejahteraan diri, malahan memberi impak positif dan berguna kepada masyarakat serta negara." |
|---|
