Harta wasiat orang Islam: satu ulasan ringkas dari perspektif perundangan di Malaysia / Nor Adila Mohd Noor ... [et al.]

Secara amnya, pentadbiran harta pusaka dan harta wasiat di Malaysia mengguna pakai dua sistem undang-undang iaitu undang-undang Islam dan undang-undang Sivil yang mana pemakaiannnya adalah bersifat selari (parallel). Secara teorinya, Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa eksklusif mengenai Hukum S...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Noor, Nor Adila, Ismail, Che Zuina, Mohd Noor, Nor Azlina, Mahamood, Siti Mashitoh
Format: Article
Language:en
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/86282/1/86282.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/86282/
https://e-ajuitmct.uitm.edu.my/v3/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Secara amnya, pentadbiran harta pusaka dan harta wasiat di Malaysia mengguna pakai dua sistem undang-undang iaitu undang-undang Islam dan undang-undang Sivil yang mana pemakaiannnya adalah bersifat selari (parallel). Secara teorinya, Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa eksklusif mengenai Hukum Syarak dalam hal undang-undang perwarisan orang Islam, tetapi praktikalnya menunjukkan bahawa undang-undang sedia ada seolah-olah memberi kuasa yang lebih kepada Mahkamah Sivil dan institusi-institusi lain di peringkat persekutuan. Ini kerana tiada undang-undang prosedur yang khusus untuk mentadbir harta wasiat orang Islam. Walaupun pentadbiran dan pengurusan harta wasiat berjalan seperti biasa, tetapi tidak dapat dinafikan masih wujud kelompangan undang-undang dan isu-isu tertentu yang seringkali timbul sebelum dan selepas sesuatu pentadbiran harta wasiat dilaksanakan. Justeru itu, kajian ini lebih memberi fokus kepada aspek perbincangan isu-isu yang timbul dalam perundangan harta wasiat khususnya orang Islam di Malaysia. Penulisan ini menggunakan kaedah kepustakaan bagi mendapatkan data-data yang merupakan dokumen-dokumen seperti buku akademik, kertas-kertas kerja, jurnal, statut, laporan perundangan, surat pekeliling dan maklumat-maklumat daripada laman sesawang. Hasil penulisan ini menampakkan beberapa isu yang berbangkit melibatkan beberapa aspek penting dalam perundangan.