Go FalQuizzi: permainan interaktif pengusaan terminologi / Noor Syahidah Mohamad Akhir and Syaimak Ismail

Falsafah dan Isu Semasa (FIS) merupakan kursus Mata Pelajaran Umum (MPU) yang wajib diambil oleh setiap pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia. Kursus ini mampu meningkatkan kemahiran pemikiran kritis dan kreatif pelajar. Namun majoriti pelajar menyatakan bahawa kursus ini sukar untuk d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad Akhir, Noor Syahidah, Ismail, Syaimak
Format: Book Section
Language:en
Published: Universiti Teknologi MARA, Kedah 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83387/1/83387.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83387/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Falsafah dan Isu Semasa (FIS) merupakan kursus Mata Pelajaran Umum (MPU) yang wajib diambil oleh setiap pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia. Kursus ini mampu meningkatkan kemahiran pemikiran kritis dan kreatif pelajar. Namun majoriti pelajar menyatakan bahawa kursus ini sukar untuk difahami dan dikuasai. Salah satu cabaran awal yang dikenalpasti adalah tahap penguasaan dan kefahaman istilah-istilah atau terminologi berkaitan ilmu falsafah. Projek Go FalQuizzi adalah solusi untuk meningkatkan penguasaan pelajar terhadap istilah-istilah dalam ilmu falsafah. Novelti projek ini adalah integrasi dua kaedah permainan iaitu jasmani (permainan dalam kelas) dan teknologi (permainan dalam talian) untuk penguasaan istilah pelajar secara berganda. Projek Go FalQuizzi memberi manfaat dalam membantu pelajar menguasai istilah-istilah dalam ilmu falsafah. Ia tidak memerlukan sebarang kos, namun memberi impak yang besar kepada pelajar. Projek ini berpotensi untuk menghasilkan produk lain seperti permainan terminologi digital atau ensiklopedia termonologi digital untuk produk akan datang. Tema “Reconnoitering Innovative Ideas in Postnormal Times” seiring dengan projek Go FalQuizzi.