ChromOLeaf kit mini kromatografi / Habibah Mohamad Rejab ... [et al.]

Pasca pandemik Covid-19, pengajaran dan pembelajaran di Malaysia kembali ke norma asal. Walaubagaimanapun, kes-kes jangkitan masih banyak dan pelajar yang dijangkiti tidak dapat mengikuti sesi pembelajaran bersama rakan yang lain. Projek inovasi mini kit eksperimen ChromOLeaf ini mampu mengatasi mas...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad Rejab, Habibah, Din, Husni, Omar, Khairul Anida, Rajaram, Tamilarasi, Rashid, Zakiah
Format: Book Section
Language:en
Published: Universiti Teknologi MARA, Kedah 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83380/1/83380.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83380/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pasca pandemik Covid-19, pengajaran dan pembelajaran di Malaysia kembali ke norma asal. Walaubagaimanapun, kes-kes jangkitan masih banyak dan pelajar yang dijangkiti tidak dapat mengikuti sesi pembelajaran bersama rakan yang lain. Projek inovasi mini kit eksperimen ChromOLeaf ini mampu mengatasi masalah kekangan para pelajar yang tidak hadir menjalankan eksperimen pada waktu amali. Dengan kit mini ini, eksperimen fotosintesis dapat dijalankan walaupun bukan di dalam makmal, bila-bila masa sahaja. Selain itu, kit ini juga mengatasi masalah pembaziran penggunaan daun daripada pokok yang digunakan untuk menghasilkan ekstrak klorofil. Ini seterusnya dapat memelihara alam sekitar daripada kesan rumah hijau yang boleh mengakibatkan pemanasan global. Kit yang mudah dan ringkas ini tidak memerlukan peralatan yang banyak dan mampu disimpan dengan mudah. Dengan arahan yang mudah berbantukan video secara maya, eksperimen ini dapat dijalankan oleh pelajar tanpa memerlukan pensyarah. Penggunaan pelarut organik yang berlebihan daripada eksperimen yang konvensional juga dapat dielakkan dengan penggunaan kit ini. Kit ChromOLeaf juga dapat memberi impak yang positif dari segi peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta menambahkan minat pelajar terhadap topik fotosintesis. Kit ini dibina menggunakan kos yang rendah dan menjimatkan kos penyelenggaraan. Kit ini memenuhi kriteria berpandukan konsep STEAM dalam pengajaran dan pembelajaran. Kit ini telah dikongsikan penggunaannya di sekolah menengah dan beberapa kolej matrikulasi sebagai kit bahan bantu mengajar. Secara tidak langsung, kit ini telah diperkenalkan kepada pelajar-pelajar sekolah dan kolej-kolej matrikulasi. Mereka dilihat sangat teruja serta berminat untuk mencubanya. ChromOLeaf dilihat sebagai satu projek yang berpotensi untuk dikomersialkan di pusat-pusat pendidikan, jabatan-jabatan lain dan untuk kegunaan komersial.