Program Kasih Ramadan 2023 / Norhafizah Hashim ... [et al.]

Program Kasih Ramadan 2023 telah berjaya dilaksanakan pada 6 April 2023 bersamaan 15 Ramadhan 1444H. Program tersebut adalah anjuran kerjasama di antara Pengajian Sains Pengkomputeran dan Matematik (PSPM), Persatuan Computing Society (ComSoc) dan juga PEWANI di UiTM Cawangan Negeri Sembilan (UiTMCNS...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hashim, Norhafizah, Abdullah, Rosnani, Abu Hasan, Nooradilla, Aziz Fadzillah, Nor Azlina
Format: Monograph
Language:en
Published: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82320/1/82320.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82320/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Program Kasih Ramadan 2023 telah berjaya dilaksanakan pada 6 April 2023 bersamaan 15 Ramadhan 1444H. Program tersebut adalah anjuran kerjasama di antara Pengajian Sains Pengkomputeran dan Matematik (PSPM), Persatuan Computing Society (ComSoc) dan juga PEWANI di UiTM Cawangan Negeri Sembilan (UiTMCNS) Kampus Seremban. Tonggak utama program ini adalah Puan Rosnani dan Dr Nooradilla bersama beberapa ahli jawatankuasa kecil daripada persatuan ComSoc dan staf akademik PSPM. Terdapat tiga aktiviti yang dijalankan sepanjang Program Kasih Ramadan 2023 ini. Pertama, program Ceramah Kasih Ramadhan yang diadakan pada 6 April 2023 yang telah disampaikan oleh Ustaz Hisam Satari daripada ACIS Kampus Seremban berkaitan bulan Ramadhan seperti peristiwa dalam Ramadhan, perkara-perkara yang membatalkan puasa serta isu-isu yang biasa timbul pada bulan Ramadhan. Lebih daripada 60 pelajar telah hadir ke sesi pengisian rohani ini. Program ceramah ini juga turut dihadiri oleh staf-staf di kampus ini. Carta Rajah 1 berikut menunjukkan pecahan pelajar yang hadir. Program tersebut juga mendapat sambutan yang sangat baik daripada para peserta. Ini terbukti melalui soal selidik yang telah dijawab seperti Rajah 2 yang menunjukkan pendapat peserta berkaitan pengisian program tersebut.