Wawancara bersama Encik Shamsudin bin Haji Abdul Majid / Nor Atiqah Mohamad Yusri

Transkrip ini mengandungi temubual bersama Encik Shamsudin bin Hj Abd Majid mengenai kerjaya beliau sebagai pembuat kraf yang sudah hampir 26 tahun berkecimpung dalam bidang ini. Transkrip temubual ini dijalankan di pejabat beliau di Kampong Tanjung Bidara, Kampung Gajah, Perak pada 26 Mei 2013 berm...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamad Yusri, Nor Atiqah
Format: Oral History
Language:en
Published: Universiti Teknologi MARA, Kelantan 2013
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/80586/1/80586.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/80586/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Transkrip ini mengandungi temubual bersama Encik Shamsudin bin Hj Abd Majid mengenai kerjaya beliau sebagai pembuat kraf yang sudah hampir 26 tahun berkecimpung dalam bidang ini. Transkrip temubual ini dijalankan di pejabat beliau di Kampong Tanjung Bidara, Kampung Gajah, Perak pada 26 Mei 2013 bermula jam 10.51 pagi. lndustri labu tanah merupakan sebahagian daripada produk warisan yang mampu dipertahankan hingga ke hari ini. Allahyarham Kayah yang meninggal dunia ketika berusia 130 tahun mengusahakan industri ini lebih 100 tahun di Kampung Tanjung Bidara, Kampong Gajah, Perak. Tiga daripada lapan anaknya iaitu Jamiah Ngah Salam, Hawa dan Sum mewarisi seni ini dengan menjalankan usaha niaga secara kecil-kecilan. Encik Shamsudin bin Hj Abd Majid adalah seorang pengusaha industri seramik tempatan yang juga cucu Kayah dan Setiausaha Koperasi Industri Kampung Tanjung Bidara Kampung Gajah Berhad (KIKTBKGB). Koperasi itu ditubuhkan pada 1986 untuk mengusaha clan mengembangkan industri seramik tempatan. Transkrip ini menyentuh serba sedikit tentang latar belakang serta pengalaman beliau sebagai pembuat kraf. Selain itu, temubual ini menumpukan tentang bengkel Deen Craft yang memproses dan menyediakan produk seperti labu, gelok, belanga, lampu tidur, barang hiasan pasu, bekas tisu, cawan pensel. Selain itu, ia juga berkenaan usaha dan pendedahan yang diberikan kepada golongan belia untuk menceburi bidang kraf ini.