Program lawatan akademik pelajar ke Arkib Negara Malaysia negeri Melaka / Ahmad Azman Mohamad Ramli

Pada tarikh 9 Disember 2022, hari Jumaat, bermula pada pukul 9 pagi sehingga pukul 12 tengah hari, seramai 30 orang pelajar berserta dua orang pensyarah pengiring daripada Pengajian Maklumat, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau yang dike...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamad Ramli, Ahmad Azman
Format: Monograph
Language:en
Published: Academy of Language Studies, Universiti Teknologi MARA Negeri Sembilan Branch, Rembau Campus 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77583/1/77583.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77583/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pada tarikh 9 Disember 2022, hari Jumaat, bermula pada pukul 9 pagi sehingga pukul 12 tengah hari, seramai 30 orang pelajar berserta dua orang pensyarah pengiring daripada Pengajian Maklumat, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau yang diketuai oleh Encik Ahmad Azman Bin Mohamad Ramli telah mengadakan program lawatan akademik ke Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka, yang beralamat di Aras 8, Menara Persekutuan, Jalan Persekutuan, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka. Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka ini diketuai oleh Encik Datu Royniehasim Bin Datu Pindatun sebagai pengarah dan dibantu oleh kakitangan yang seramai lapan orang. Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka ini ditubuhkan secara rasmi pada tarikh 1 September 2014. Secara ringkasnya, peranan organisasi ini ialah memberi khidmat nasihat dan rundingan kepada jabatan-jabatan kerajaan di sekitar Negeri Melaka tentang etika dan Langkah pengurusan rekod awam yang mapan, sistematik dan berkesan demi menjamin pemeliharaan rekod awam yang selamat.