Pengaruh alam sekitar dan pengurusannya ditapak bina / Ahmad Sharil Hafiza Che Yaacob

Laporan ini secara ringkasnya menerangkan mengenai segala masalah yang dihadapi dalam pembinaan bangunan. la dihasilkan berpandukan kepada pengalaman yang telah dilalui selama enam bulan ditempatkan di tapak projek pembinaan. Laporan ini terbahagi kepada beberapa bahagian dan dimulakan dengan tajuk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Che Yaacob, Ahmad Sharil Hafiza
Format: Monograph
Language:en
Published: Universiti Teknologi MARA, Perak 2009
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/76727/1/76727.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/76727/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Laporan ini secara ringkasnya menerangkan mengenai segala masalah yang dihadapi dalam pembinaan bangunan. la dihasilkan berpandukan kepada pengalaman yang telah dilalui selama enam bulan ditempatkan di tapak projek pembinaan. Laporan ini terbahagi kepada beberapa bahagian dan dimulakan dengan tajuk laporan dan diikuti dengan latarbelakang syarikat dan latar belakang projek pembinaan. Projek pembinaan sekolah yang bertempat di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan ini dilaksanakan oleh Prohass Jaya (M) Sdn Bhd sebagai kontraktor utama. Syarikat ini seratus peratus berstatus bumiputera. Projek ini merangkumi kerja-kerja pembinaan 24 bilik darjah dan kemudahan yang berkaitan di Daerah Kota Bharu. Hasil pemerhatian didapati proses pembinaan tidaklah begitu mudah kerana banyak masalah daripada kesan alam sekitar dan cara pengurusannya ke atas projek ini. Di dalam laporan ini diterangkan secara ringkas mengenai kajian teoritikal yang meliputi faktor-faktor alam sekitar, kesan dan pengurusannya. Kemudian diterangkan dengan lebih mendalam mengenai pengaruh alam sekitar dan masalah dalam menguruskannya di tapak bina. Semasa proses pembinaan sedang dijalankan, beberapa masalah berkaitan alam sekitar dan masalah untuk menguruskannya dikenalpasti dan laporan ini disudahi dengan cadangan yang dirasakan dapat menyelesaikan masalah yang dikenalpasti. Sebagai kesimpulannya, diharap agar laporan ini dapat menjelaskan dengan lebih terperinci kepada para pembaca mengenai pengaruh alam sekitar dan pengurusan di tapak bina ke atas pembinaan.