Sitogenetik dan eko-fisiologi spesies langka, telosma cordata (burm. f.) merr. (bunga tonking) / Sarina Hashim and Muzamil Mustaffa

Telosma cordata (Burm. F.) Merr. atau bunga tonking merupakan pemanjat FamiliAsclepiadaceae. Morfologi spesis ini dibincangkan secara terperinci. Ujian pengakaran menggunakan keratan batang T. cordata dengan atau tanpa perlakuan hormone komersil dalam medium pertumbuhan berbeza dilakukan. Keputusan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hashim, Sarina, Mustaffa, Muzamil
Format: Research Reports
Language:en
Published: 2006
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/75524/1/75524.PDF
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/75524/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Telosma cordata (Burm. F.) Merr. atau bunga tonking merupakan pemanjat FamiliAsclepiadaceae. Morfologi spesis ini dibincangkan secara terperinci. Ujian pengakaran menggunakan keratan batang T. cordata dengan atau tanpa perlakuan hormone komersil dalam medium pertumbuhan berbeza dilakukan. Keputusan menunjukkan kadar paling tinggi bagi keratan batang tanpa perlakuan dalam medium campuran bahan organik dan pasir (1:1) dengan purata panjang akar adalah 6.49 ± 1.03 cm.Kajian fenologi mendapati jambak bunga T. cordata mengandungi 2 hingga 15 kuntum bunga. Peringkat awal bunga muda berwarna kehijauan, bertukar kekuningan dan akhirnya oren bila matang. Analisis kromosom metafasa membuktikan 2n = 22 dan saizkromosomnya sangat kecil. Kajian kaedah pengawalan ektoparasit yang menjangkiti T.cordata dijalankan menggunakan enam jenis racun serangga digunakan iaitu MiscibleWhite Oil, Chemicide 75+, CH Endosulfan, Malaxion 570 E, Malathion dan air suling.Peratus kemortalan dikira bagi setiap perlakuan. Data dianalisa menggunakan perisianSPSS 12.0 dengan ANOVA sehala. Kajian ini mendapati T. cordata (Burm. F.) Merr.merupakan perumah baru bagi serangga sisik, Seissetia oleae (Olivier). Malathion danWhite oil didapati paling berkesan untuk mengawal S. oleae, dimana purata kadar kemortalan adalah 46.8% and 43.4% masing-masing. Kajian yang telah dilakukan menghuraikan keistimewaan T. cordata dan menambahkan lagi pengetahuan dan maklumat mengenai tumbuhan berbau wangi ini terutama di waktu malam. Jadi T.cordata sangat berpotensi sebagai tanaman hiasan dan patut diperkenalkan semula ditapak semaian bunga di negara ini. Spesies ini boleh digunakan untuk ekstraksi minyakpati dan haruman. Selain itu, pucuk dan putik bunga T. cordata boleh dijadikan ulamyang berkhasiat.