Tinjauan ke atas aliran peminjaman buku oleh pelajar di Perpustakaan Institut Teknologi MARA Cawangan Melaka / Rohaizad Abd. Aziz … [et al.]

Penyelidikan yang dijalankan dibawah tajuk "Tinjauan Ke Atas Aliran Peminjaman Buku Oleh Pelajar- pelajar di Perpustakaan I.T.M Cawangan Melaka adalah menumpukan kepada proses peminjaman yang dibuat, permasalahan yang dihadapi dalam proses pinjaman, faktor- faktor yang mempengaruhi kecenderunga...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abd. Aziz, Rohaizad, Zainal Abidin, Azian, Husin, Sabarudin, Jantan, Zaidullah
Format: Student Project
Language:en
Published: 1986
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73999/1/73999.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73999/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan yang dijalankan dibawah tajuk "Tinjauan Ke Atas Aliran Peminjaman Buku Oleh Pelajar- pelajar di Perpustakaan I.T.M Cawangan Melaka adalah menumpukan kepada proses peminjaman yang dibuat, permasalahan yang dihadapi dalam proses pinjaman, faktor- faktor yang mempengaruhi kecenderungan meminjam dan juga perbezaan-perbezaan antara pelajar. Kategori pelajar yang dibuat perbandingan dalam kajian ialah mengikut jantina dan tahun pengkajian. Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam membuat kajian adalah melalui kaedah soal-selidik, temubual, pengamatan dan penglibatan penyelidik disamping melalui maklumat-maklumat dari pihak perpustakaan dan artikal-artikal. Dalam membuat keputusan, penyelidik merujuk kepada rasional daripada analisa data yang dibuat. Penyelidik juga menilai melalui pengamatan dan penglibatan sendiri sebagai penuntut yang tidak dapat lari dari menggunakan perpustakaan. Kesimpulan yang dibuat oleh penyelidik setelah mendapat keputusan dari analisa data. Aspek-aspek peminjaman buku oleh pelajar seperti kepentingan buku rujukan, akademik dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.