Potensi pengunaan sistem maklumat geografi (GIS) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) mata pelajaran geografi pada peringkat sekolah menengah atas di Malaysia / Mohd Faris Dziauddin
Kini sudah tiba masanya sistem maklumat geografi (GIS) digunakan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) mata pelajaran geografi pada peringkat sekolah menengah atas di negara ini agar proses P&P menjadi lebih relevan, efektif dan menarik. Pada peringkat sekolah menengah atas GIS bole...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Language: | en |
| Published: |
2002
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73683/1/73683.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73683/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kini sudah tiba masanya sistem maklumat geografi (GIS) digunakan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) mata pelajaran geografi pada peringkat sekolah menengah atas di negara ini agar proses P&P menjadi lebih relevan, efektif dan menarik. Pada peringkat sekolah menengah atas GIS boleh digunakan sebagai alat untuk memahami dengan lebih mendalam aspek-aspek penting dalam geografi. Terutamanya yang melibatkan elemen interaksi ruangan. Dalam erti kata lain penggunaan GIS membuka jalan baru bagi analisis data ruangan. Pada peringkat sekolah analisis-analisis mudah yang ada dalam GIS boleh digunakan. Misalnya penggunaan analisis tindanan peta (map overlay) dan analisis penampan (buffering). Di samping itu pelajar-pelajar juga boleh didedahkan dengan proses penghasilan peta dengan menggunakan perisian GIS. Melalui penggunaan GIS pada peringkat sekolah menengah diharapkan dapat menarik semula minat dikalangan pelajar-pelajar sekolah menengah di Malaysia terhadap mata pelajaran geografi sebagai salah satu daripada mata pelajaran yang penting dan mempunyai prospek masa depan yang baik serta setidak-tidaknya memberi ruang kepada pelajar-pelajar geografi untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan diri berkaitan teknologi maklumat. |
|---|
