Laporan Festival Bahasa 5.0 / Nurulnabilah Abdul Aziz ... [et al.]

Akademi Pengajian Bahasa UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah sekali lagi telah meneruskan tradisi dengan mengadakan program Festival Bahasa 5.0. Program ini merupakan sebuah program akademik dengan tujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan bahasa dalam kalangan pelajar dengan lebih efek...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Aziz, Nurulnabilah, Almuddin, Syahirah, Hashim, Norshida, Haji Mohd Ali, Siti Nur Dina
Format: Monograph
Language:en
Published: UiTM Cawangan Negeri Sembilan 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/71777/1/71777.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/71777/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Akademi Pengajian Bahasa UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah sekali lagi telah meneruskan tradisi dengan mengadakan program Festival Bahasa 5.0. Program ini merupakan sebuah program akademik dengan tujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan bahasa dalam kalangan pelajar dengan lebih efektif dan menyeronokkan. Program kolaborasi antara Eagles English Club dan Persatuan Bahasa Arab UiTM Kampus Kuala Pilah ini dilaksanakan pada setiap semester. Pada semester Mac - Ogos 2022, Persatuan Bahasa Arab (PBA) UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah di bawah pimpinan Puan Syahirah Almuddin dan Puan Norshida Hashim selaku penasihat Persatuan Bahasa Arab (PBA) bersama dengan ahli jawatankuasa pelaksana Festival Bahasa 5.0 telah menjadi teraju utama bagi program kali ini. Ahli jawatankuasa pelaksana adalah di bawah pimpinan Mohamad Anas Syahmi bin Asrul Iskandar selaku pengarah program dan Nur Shuhada binti Ikhwan selaku timbalan pengarah program. Program ini turut dijayakan Puan Nurulnabilah Abdul Aziz dan Puan Siti Nur Dina Haji Mohd Ali selaku penasihat Kelab EAGLES merangkap penyelaras Bersama bagi festival bahasa ini khususnya bagi aktiviti-aktiviti yang melibatkan kategori Bahasa Inggeris.