Penerapan nilai budaya dan ragamhias Baba Nyonya dalam seni resist tekstil / Filzah Abd. Rahman

Dalam memperkatakan tentang penerapan nilai budaya dan ragamhias Baba dan Nyonya dalam seni resist tekstil merupakan suatu tinjauan terhadap beberapa aspek terutama yang berkaitan dengan nilai kebudayaan dan juga kesenian di mana ia menjadi asas penting dalam penghasilan ragamhias dalam masyarakat B...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abd. Rahman, Filzah
Format: Student Project
Language:en
Published: 1996
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/70951/1/70951.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/70951/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam memperkatakan tentang penerapan nilai budaya dan ragamhias Baba dan Nyonya dalam seni resist tekstil merupakan suatu tinjauan terhadap beberapa aspek terutama yang berkaitan dengan nilai kebudayaan dan juga kesenian di mana ia menjadi asas penting dalam penghasilan ragamhias dalam masyarakat Baba Nyonya. Budaya Baba dan Nyonya adalah suatu amalan tradisi yang begitu unik dan terdapat banyak penerapan unsur-unsur kepercayaan yang boleh didapati melalui ragamhias yang terdapat pada budaya masyarakat Baba dan Nyonya ini. Budaya dan ragamhias yang terdapat pada masyarakat Baba dan Nyonya ada suatu tajuk yang menarik untuk dikaji dan seterusnya ia boleh menjadi suatu bahan rujukan yang amat berguna pada masyarakat umumnya. Ini adalah kerana budaya Baba dan Nyonya contohnya seperti perkahwinan, perayaan dan cara hidup mereka amat unik dan berbeza dengan masyarakat Cina di negara ini. Terdapat pula banyak unsur-unsur kepercayaan yang boleh didapati melalui motif yang terdapat pada ragamhias pada pakaian, kasut dan perabot Baba dan Nyonya. Ragamhias masyarakat Baba dan Nyonya boleh dilihat dengan jelas pada kebanyakan cara hidup Baba dan Nyonya.