Undang-undang sembilan puluh sembilan: warisan persuratan melayu Negeri Perak / Suria Fadhillah Md Pauzi, Azniza Ahmad Zaini and Mohd Azmi Nias Ahmad
Undang-undang adat Melayu telah lama wujud dan diwarisi sejak zaman-berzaman dan menjadi asas peraturan dan norma penduduk setempat. Undang-undang Adat adalah senarai peraturan yang disusun berasaskan adat istiadat, nilai, norma, moral atau adab yang menjadi amalan hidup zaman Kesultanan Melayu. Und...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Language: | en |
| Published: |
2015
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67984/1/67984.PDF https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67984/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Undang-undang adat Melayu telah lama wujud dan diwarisi sejak zaman-berzaman dan menjadi asas peraturan dan norma penduduk setempat. Undang-undang Adat adalah senarai peraturan yang disusun berasaskan adat istiadat, nilai, norma, moral atau adab yang menjadi amalan hidup zaman Kesultanan Melayu. Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan dipercayai diasaskan penulisannya oleh Sayid Hussain al-Faradz yang telah datang ke Perak dari Hadramaut pada abad ke-17. Ia telah diamalkan di Perak sehingga ke tahun 1900 dan dikatakan telah mula dilaksanakan semenjak pemerintahan al-Marhum Sultan Idris Murshidul A'azam Shah ibni al-Marhum Raja Bendahara Alang Iskandar iaitu sekitar tahun 1887 sehingga tahun 1916. Ia dikenali sebagai Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan kerana mengandungi 99 Perkara undang-undang yang merangkumi pelbagai aspek. Artikel ini akan mengulas serba sedikit sejarah pemerintahan beraja Perak dan isi kandungan undang-undang Sembilan Puluh Sembilan Perak agar ia dapat dijadikan panduan dan simbol peradaban dan ketuanan Melayu satu ketika dahulu. |
|---|
