Nota pocket hubungan etnik dari perspektif Islam / Norafifah Ab Hamid … [et al.]

Menyedari akan kepentingan komunikasi antara etnik dalam kalangan masyarakat Malaysia, subjek Hubungan Etnik telah pun diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan ianya merupakan subjek teras peringkat Sarjana Muda di seluruh Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia. Subjek ini memainkan per...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ab Hamid, Norafifah, Pauzi, Nasif Sidqueee, Baharom, Nor Azizah, Dibok, Minah, Ibrahim, Rasyad Afif
Format: Book Section
Language:en
Published: Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Melaka 2012
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67489/1/67489.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67489/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Menyedari akan kepentingan komunikasi antara etnik dalam kalangan masyarakat Malaysia, subjek Hubungan Etnik telah pun diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan ianya merupakan subjek teras peringkat Sarjana Muda di seluruh Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia. Subjek ini memainkan peranan penting dalam melahirkan generasi yang saling hormat- menghormati dan saling bertoleransi dalam mencapai usaha perpaduan di Malaysia. Dalam konteks ajaran Islam secara fitrahnya manusia dicipta oleh Allah SWT dari pelbagai etnik yang berbeza bangsa, warna kulit dan bahasa untuk saling mengenali, memahami dan menghormati. Masyarakat yang saling mengenali, memahami dan menghormati inilah yang akan membentuk sebuah perpaduan dan bukannya untuk mencetuskan pelbagai konflik antara kaum. Oleh itu kefahaman dan penghayatan terhadap Islam dan hubungan etnik dalam kalangan pelajar adalah aset penting kepada Negara. Lantaran itu satu anisiatif untuk menghasilkan "Nota pocket Hubungan Etnik dari Perspektif Islam''telah diambil untuk membantu para pelajar memahami subjek ini dengan baik sehingga dapat menghayati dan mempraktikkannya dalam konteks realiti masyarakat hari ini."Nota pocket"yang dilengkapi dengan fakta-fakta penting ini mudah dibawa ke mana-mana dan dapat membantu para pelajar mengingati fakta-fakta tersebut dengan lebih mudah. Selain itu ia juga dilihat mempunyai peluang untuk dikormesialkan kepada seluruh IPTA di Malaysia kerana produk sebegini untuk subjek Hubungan Etnik masih belum ada di pasaran. Justeru penyertaan dalam RIID 2012 ini adalah untuk mengetengahkan hasil inovasi yang telah dilakukan oleh para pensyarah CITU UiTM Kampus Bandaraya Melaka.