Pertandingan Video Kreatif ELC550 / Sheela Paramasivam ... [et al.]

Pada 26 Januari sehingga 4 Februari 2022, pihak Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi Mara Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban telah menganjurkan satu pertandingan Video Kreatif bagi para pelajar yang berdaftar dengan kod subjek ELC550, iaitu Bahasa Inggeris untuk Penulisan Akademik (...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Paramasivam, Sheela, Adnan, Afni Anida, Zainal Abidin, Amirah Nabihah, Hassan, Fatin Aliyah, Amzah, Rodhiah, Saleh, Noor Shahariah
Format: Monograph
Language:en
Published: UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67289/1/67289.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67289/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pada 26 Januari sehingga 4 Februari 2022, pihak Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi Mara Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban telah menganjurkan satu pertandingan Video Kreatif bagi para pelajar yang berdaftar dengan kod subjek ELC550, iaitu Bahasa Inggeris untuk Penulisan Akademik (English for Academic Writing). Pertandingan video kreatif ini merupakan satu pertandingan berbentuk pembelajaran dalam talian (online learning), di mana semua pelajar yang mengambil subjek ELC550 dikehendaki menghasilkan sebuah video berdurasi 15 hingga 20 minit yang memaparkan pembentangan poster mereka. Tugasan ini juga merupakan sebahagian daripada penilaian mereka (Assessment 2). ELC550 memperkenalkan para pelajar mengenai selok belok penulisan berunsurkan akademik. Antara kandungan yang dipelajari adalah pembentukan semula frasa (paraphrasing), pemilihan isi kandungan yang penting serta kaedah rujukan atau ‘referencing’ yang betul. Salah satu daripada tiga penilaian utama di dalam kod subjek ini adalah penghasilan poster yang terhasil melalui pemilihan intipati utama berdasarkan pembacaan daripada 4 artikel jurnal utama, yang berkaitan dengan tajuk yang dipilih. Setelah penghasilan poster, pelajar dikehendaki membuat satu pembentangan tentang poster tersebut.