MZJ Word formatting for report writing of EWC661 / Tuan Sarifah Aini Syed Ahmad ... [et al.]

Kemahiran atau literasi digital merupakan salah satu kemahiran yang penting dan menjadi keperluan pada masa kini. Selain daripada membantu meringankan beban tugasan dan pengurusan harian, kemahiran digital juga telah berkembang luas dalam arus pendidikan. Wabak Covid - 19 yang melanda satu dunia tel...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Syed Ahmad, Tuan Sarifah Aini, Md Sallehuddin, Nur Hakimah, Hassan, Fatin Aliyah, Zainal Abidin, Nur Amirah Nabihah
Format: Monograph
Language:en
Published: UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67252/1/67252.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67252/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kemahiran atau literasi digital merupakan salah satu kemahiran yang penting dan menjadi keperluan pada masa kini. Selain daripada membantu meringankan beban tugasan dan pengurusan harian, kemahiran digital juga telah berkembang luas dalam arus pendidikan. Wabak Covid - 19 yang melanda satu dunia telah mencetus fenomena baharu dalam pelaksanaan dan pengurusan kehidupan seharian dan turut dirasai dalam dunia pendidikan. Kaedah tradisional seperti pembelajaran secara bersemuka telah berubah kepada kaedah atas talian atau di UiTM dikenali sebagai Online Distance Learning (ODL). Kaedah pembelajaran ODL yang diguna pakai di UiTM turut memperkenalkan pembelajaran secara norma baharu yang mengubah aktiviti pengajaran dan pembelajaran kepada kaedah atas talian melalui platform-platform digital seperti Google Meet, Microsoft Teams, Zoom dan sebagainya. Selain daripada kelas secara virtual, tugasan, ujian, dan penilaian berterusan juga turut berubah daripada hasil kerja hard copy kepada digital (soft copy). Oleh itu, kemahiran menggunakan aplikasi software seperti Microsoft Word, Power Point, Google Docs dan sebagainya telah menjadi satu keperluan kepada pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) khususnya dalam melaksanakan segala kerja dan tugasan yang diamanahkan.