Kempen kesedaran risiko Empangan Bukit Merah / Nurhidayati Mat Daud
Pada 31 Oktober 2019, seramai 38 orang staf FKA yang diketuai oleh Ketua Pusat Pengajian iaitu Dr Haji Anas bin Ibrahim telah disambut oleh pasukan JPS Daerah Kerian di bawah pengurusan Jurutera Daerah, Ir. Safuandzi Bin Abdullah untuk menjayakan program khidmat masvarakat bertajuk Kempen Kesedaran...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Monograph |
| Language: | en |
| Published: |
Unit Penerbitan FKAPP
2019
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/66073/1/66073.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/66073/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Pada 31 Oktober 2019, seramai 38 orang staf FKA yang diketuai oleh Ketua Pusat Pengajian iaitu Dr Haji Anas bin Ibrahim telah disambut oleh pasukan JPS Daerah Kerian di bawah pengurusan Jurutera Daerah, Ir. Safuandzi Bin Abdullah untuk menjayakan program khidmat masvarakat bertajuk Kempen Kesedaran Risiko Empangan Bukit Merah di Pejabat JPS Empangan Bukit Merah. Empangan Bukit Merah merupakan empangan tertua di Malaysia yang mula dibina pada tahun 1902 dan siap pada tahun 1906. Empangan ini pernah dinaiktaraf pada tahun 1967 dan 1984 untuk meningkatkan kapasiti takungan. Objektif kempen ini adalah untuk memberi kesedaran kepada penduduk yang tinggal di hilir empangan tentang risiko dan tindakan kecemasan yang perlu diambil oleh mereka jika berlaku bencana. Kempen ini termasuk di dalam Pelan Tindakan Kecemasan Empangan Bukit Merah. Kempen ini telah dijalankan secara berkumpulan dengan setiap kumpulan bergerak dari rumah ke rumah. Lapan buah kampung yang terlibat terletak di hilir empangan iaitu Kg Parit Air hitam, Tali Air Kanan, Parit Mat Keling, Kg Tanjung Bugis, Abu Elassan Ban, Kg Padang Lalang, Kg Batu 38 dan Ban Pisang. Penduduk telali diberi penerangan berkaitan empangan, fungsi empangan, risiko tinggal di hilir empangan, kesan bencana dan langkah-langkah menghadapi bencana. |
|---|
