Transkrip temubual bersama Abd. Muhaimin Hasbollah, Adiguru Kraf Kayu Malaysia mengenai pengalaman beliau sebagai penggiat Seni Warisan Ukiran Kayu / Nursyuhada Ismail and Roushella Rika Ali
Transkrip ini mengetengahkan tentang kehidupan dan pengalaman seorang tokoh penggiat warisan seni ukiran kayu negara iaitu Encik Abd. Muhaimin Bin Hasbollah. Beliau merupakan anak jai negeri Johor yang telah memberi banyak sumbangan dalam mengharumkan nama negara di persada global. Penulisan ini aka...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Oral History |
| Language: | en |
| Published: |
Fakulti Pengurusan Maklumat
2021
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65073/2/65073.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65073/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Transkrip ini mengetengahkan tentang kehidupan dan pengalaman seorang tokoh penggiat warisan seni ukiran kayu negara iaitu Encik Abd. Muhaimin Bin Hasbollah. Beliau merupakan anak jai negeri Johor yang telah memberi banyak sumbangan dalam mengharumkan nama negara di persada global. Penulisan ini akan memberi gambaran menyeluruh kepada dinamik gaya dan pendekatan ketokohan yang dimiliki melibatkan maklumat latar belakang diri tokoh, penubuhan syarikat perniagaan beliau iaitu Inakraf Ukiran Kayu yang didirikan di Negeri Pahang. Pengalaman beliau dalam menerajui Persatuan Penggiat Seni Ukir Kayu Malaysia (PENGUKIR) sebagai setiausaha, sumbangan dan pencapaian beliau di peringkat nasional dan antarabangsa, serta titipan pandangan, cadangan dan kata-kata nasihat bagi generasi muda yang berkeinginan tinggi dalam menceburi bidang seni ukiran kayu. Penulisan ini merujuk kepada sumber pembacaan dan kajian penulis terhadap tokoh serta berpandukan kepada sumber utama iaitu dokumentasi lisan. Kajian ini juga boleh dijadikan sebagai satu bahan rujukan ilmiah kepada peminat seni kraf ukiran kayu tanah air yang ingin mengenali dengan lebih dekat penggiat-penggiat seni serta mengkaji keistimewaan yang dimiliki oleh mereka. Selain itu, kajian ini penting demi kelangsungan generasi akan datang serta dapat mencungkil bakat-bakat baharu dalam bidang seni penghasilan ukiran kayu agar mereka dapat menjadikan beliau sebagai teladan dan juga sumber rujukan. |
|---|
