Transkrip temubual bersama Encik Sapari bin Sukarjo pengusaha Safis Art Enterprise mengenai pengalaman beliau bidang pembuatan wayang kulit / Nur Amirah Adlina Mohd Hirzun and Saidatul Anisa Mohd Esa

Transkrip ini membincangkan pengalaman seorang tokoh yang merupakan pemilik kepada Safis Art Enterprise dan pembuat patung wayang kulit sepenuh masa, iaitu Encik Sapari Sukarjo. Wawancara ini dilakukan untuk mengetahui pengalamannya dalam membuat patung wayang kulit sebagai sumber pendapatan, menjad...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Hirzun, Nur Amirah Adlina, Mohd Esa, Saidatul Anisa
Format: Oral History
Language:en
Published: Fakulti Pengurusan Maklumat 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/64757/2/64757.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/64757/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Transkrip ini membincangkan pengalaman seorang tokoh yang merupakan pemilik kepada Safis Art Enterprise dan pembuat patung wayang kulit sepenuh masa, iaitu Encik Sapari Sukarjo. Wawancara ini dilakukan untuk mengetahui pengalamannya dalam membuat patung wayang kulit sebagai sumber pendapatan, menjadikan ia sebagai kraftangan serta asam garam kehidupannya bergelar anak seni. Beliau pernah menceburkan diri dalam bidang pembuatan makanan sebelum terlibat dalam industri seni ini. Kemudian, beliau mula meneruskan darah seni generasi keluarganya sebagai pembuat patung wayang kulit dan mendaftarkan dirinya di bawah naungan Kompleks Kraftangan Johor sebagai pekerjaan sepenuh masa. Walaupun jenis kraftangan ini tidak terkenal di kalangan orang, tetapi dia bertekad untuk menceburkan diri sehingga kini. Pendapat dan pandangannya untuk umum terhadap seni pembuatan patung wayang kulit lebih lagi menjadikannya sebagai kraftangan adalah untuk terus memperkenalkan ia dan membuat orang ramai menerima keunikan hasil kraftangan ini Bahkan, dia tidak menyesal kerana memilih industri ini sebagai kerjayanya dan terus mengajar anaknya sebagai pelapik generasi baru kepada warisan itu. Ini menunjukkan bahawa industri seni dan kraftangan bukan hanya seni, tetapi juga meliputi bagaimana produk tersebut mempunyai nilai dan keunikannya tersendiri untuk para pengguna. Melalui sejarah lisan ini, diharapkan masyarakat dapat memperoleh lebih banyak pengetahuan mengenai bidang ini lebih mendalam serta menghargai warisan seni yang ada supaya tidak hilang di mata dunia.