Kelestarian pembangunan ekonomi Malaysia: suatu cabaran dalam era digital / Dr. Faridah Pardi, Mohd Azlan Abdul Majid and Sutina Junos
Pertumbuhan ekonomi sesebuah negara tidak hanya terhad kepada peningkatan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Semenjak awal tahun 1980an, konsep pertumbuhan ekonomi telah diperluaskan dengan merangkumi konsep pembangunan ekonomi lestari. Pembangunan ekonomi lestari sesebuah negara dikaitkan de...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Monograph |
| Language: | en |
| Published: |
Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau
2021
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/64442/1/64442.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/64442/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Pertumbuhan ekonomi sesebuah negara tidak hanya terhad kepada peningkatan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Semenjak awal tahun 1980an, konsep pertumbuhan ekonomi telah diperluaskan dengan merangkumi konsep pembangunan ekonomi lestari. Pembangunan ekonomi lestari sesebuah negara dikaitkan dengan pertumbuhan ekonomi yang juga menitikberatkan kesejahteraan sosial dan kelestarian alam sekitar. Pelbagai indikator telah digunakan dalam mengukur pembangunan ekonomi lestari yang telah digunakan oleh Bank Dunia (World Bank) semenjak definisi “sustainable development” diwartakan pada tahun 1989. Di antara indikator yang sering digunakan ialah “Adjusted Net Saving” (ANS) atau merupakan konsep “Nilai Tabungan Bersih Disesuaikan”. Dalam menghadapi era digital terutamanya semasa Revolusi Industri 4.0, Malaysia terus mengorak langkah proaktif dalam menyusun strategi bagi memastikan prestasi pencapaian ANS adalah kekal positif. Kadar ANS yang kekal positif adalah penting bagi menggambarkan prestasi negara yang sentiasa berada dalam kelestarian pembangunan ekonomi. Disamping itu, cabaran utama ekonomi Malaysia dari segi pembangunan digital dan ICT adalah merupakan isu penting bagi sektor ekonomi domestik yang perlu dibincangkan; terutamanya ketika negara dan sektor global sedang dilanda wabak pandemik Covid-19 yang kian menular. Pembangunan digital dan ICT dianggap sebagai salah satu elemen positif yang signifikan terhadap pertumbuhan ekonomi dan pembangunan ekonomi lestari sesebuah negara. |
|---|
