Risiko stres terhadap kesihatan: Bagaimana Islam merawatnya / Dr. Adibah Bahori

Seringkali dalam kehidupan kita, pekerjaan dan pembelajaran adalah dua faktor utama membawa gejala kerunsingan sehingga ketegangan atau stres. Manusia seringkali mengadu bahawa ia mengalami stres atau 'tension'. Peningkatan gejala stres di kalangan pelajar seringkali dikaitkan dengan fakto...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Bahori, Dr. Adibah
Format: Monograph
Language:en
Published: UiTM Cawangan Negeri Sembilan 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/63801/1/63801.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/63801/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Seringkali dalam kehidupan kita, pekerjaan dan pembelajaran adalah dua faktor utama membawa gejala kerunsingan sehingga ketegangan atau stres. Manusia seringkali mengadu bahawa ia mengalami stres atau 'tension'. Peningkatan gejala stres di kalangan pelajar seringkali dikaitkan dengan faktor persekitaran semasa khususnya menjelang musim peperiksaan. Bagi golongan dewasa pula, stres seringkaIi melanda kehidupan berikutan masalah kewangan dalam rumahtangga. Setiap individu tidakakan terlepas daripada mengalami stres dan akan menghadapi situasi stres yang berbeza kerana ianya berkait rapat dengan gaya hidup individu dalam masyarakat. Dalam Portal MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia, stres termasukdalam kategori masalah kesihatan mental. Stres boleh berlaku kepada sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak, remaja, golongan dewasa dan warga emas. Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 mendapati hampirsetengah juta rakyatdi negara ini mengalami simptom tekanan atau depresi. Malah pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) turut menyebabkan tekanan emosi susulan perubahan persekitaran kerja seperti perlu bekerja dari rumah, hilang punca pendapatan serta bimbang terhadap keselamatan. Malah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut merekodkan 465 kes cubaan bunuh diri antara Januari dan Jun 2020 (https://www.bharian.com.my).