Monolog COVID-19: antara peringatan dan nikmat yang hilang / Hisam Satari

Seluruh umat manusia diuji dengan wabak C0VID-19, seolah-olah tiada tanah dimuka bumi ini yang tiada virus tersebut. Pelbagai usaha dan ikhtiar telah dilaksanakan bersama bagi menghadapinya. Umat Islam juga turut diuji sebagaimana umat yang lain, ia datang tanpa memilih anutan, warna kulit, bahasa d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Satari, Hisam
Format: Monograph
Language:en
Published: UiTM Cawangan Negeri Sembilan 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/63392/1/63392.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/63392/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Seluruh umat manusia diuji dengan wabak C0VID-19, seolah-olah tiada tanah dimuka bumi ini yang tiada virus tersebut. Pelbagai usaha dan ikhtiar telah dilaksanakan bersama bagi menghadapinya. Umat Islam juga turut diuji sebagaimana umat yang lain, ia datang tanpa memilih anutan, warna kulit, bahasa dan benua. Barangkali hanya di kutub utara dan selatan sahaja yang masih belum ada kes yang dilaporkan. Umat Islam bercampur baur perasaan dan penerimaan atas ujian ini. Sudah tentu kita sebagai umatyang beriman mengembalikan semua ini kepada kuasa dan takdir Allah Taala. Nikmat merupakan anugerah dan kurnia yang AllahTaala berikan dengan izin dan kehendakNya kepada manusia supaya manusia bersyukur dan kembali mengingatinya dengan menyembah dan beribadah kepadaNya. Kenikmatan yang AllahTaala anugerahkan ini terkadang menjadikan kita lupa kerana ia berulang sehingga menjadi suatu kebiasaan, seperti udara oksigen yang kita sedut sepanjang hayat ini, pancaindera yang sempurna, kesihatan tubuh badan, pekerjaan yang kita lakukan seharian dan banyak lagi nikmat yang dirasai. Apabila manusia lupa untuk mensyukurinya, maka AllahTaala akan menguji dengan menarik sedikit demi sedikit nikmat supaya manusia kembali semula menyedari bahawa segala nikmat sangat mudah bagi AllahTaala untukmemberi dan menghilangkannya.