Kefahaman ayat al-Quran dalam kalangan pelajar tahfiz = The understanding of Quranic verses among tahfiz students / Mohd Hakim Mothar Rijan, Mohd Asmadi Yakub and Ahmad Rozaini Ali Hassan
Kefahaman ayat al-Quran merupakan tuntutan yang penting dalam pembelajaran al-Quran. Ianya dilihat lebih dekat dengan pelajar tahfiz al-Quran yang sering mendampingi dan menghafaz al-Quran. Walau bagaimana pun elemen kefahaman ayat al-Quran kurang diberi perhatian dalam pembelajaran mereka dan banya...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM)
2024
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/62513/1/62513.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/62513/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kefahaman ayat al-Quran merupakan tuntutan yang penting dalam pembelajaran al-Quran. Ianya dilihat lebih dekat dengan pelajar tahfiz al-Quran yang sering mendampingi dan menghafaz al-Quran. Walau bagaimana pun elemen kefahaman ayat al-Quran kurang diberi perhatian dalam pembelajaran mereka dan banyak tertumpu kepada hafazan semata-mata. Kajian dijalankan bagi mengkaji kepentingan kefahaman ayat dan menganalisis pengamalannya dalam kalangan pelajar tahfiz. Kajian dijalankan berbentuk kualitatif dengan melihat pada kajian-kajian lepas, kitab-kitab muktabar dan pandangan ulama Islam. Hasil dapatan kajian, berdasarkan tinjauan kajian-kajian yang lepas, pengkaji menemukan kepentingan kefahaman ayat al-Quran sebagai elemen yang penting dalam pembelajaran dan penghayatan al-Quran lebih-lebih lagi kepada penghafaz al-Quran. Elemen kefahaman ayat-ayat al-Quran ini masih kurang diberi perhatian dalam pembelajaran tahfiz. Kajian mencadangkan agar kajian yang lebih terperinci dijalankan akan datang bagi menambahbaik elemen kefahaman dalam pembelajaran tahfiz al-Quran. Kajian berharap dapat memberi maklumat penting dalam memperkasa dan menambah baik kaedah pembelajaran di institusi Tahfiz di negara ini. |
|---|
