Cadangan rekabentuk dalaman Handy Coobler di Lot G30, G31 dan G32, Tingkat Bawah, AEON Taman Equine Shopping Centre, No. 2, Jalan Equine, Taman Equine, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan / Nur Azlin Isa

Laporan tesis ini merupakan laporan terakhir bagi penganugerahan Diploma Senibina Dalaman. Bagi projek Handy Cobbler ini matlamat yang ingin dicapai dalam reka bentuk ini adalah untuk mewujudkan aliran perjalanan ruang yang bersistematik dan lebih teratur serta dapat mengubah persepsi masyarakat ter...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Isa, Nur Azlin
Format: Student Project
Language:en
Published: 2007
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/62233/1/62233.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/62233/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Laporan tesis ini merupakan laporan terakhir bagi penganugerahan Diploma Senibina Dalaman. Bagi projek Handy Cobbler ini matlamat yang ingin dicapai dalam reka bentuk ini adalah untuk mewujudkan aliran perjalanan ruang yang bersistematik dan lebih teratur serta dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap perkhidmatan ini. Projek terakhir ini adalah cadangan merekabentuk dalaman Handy Cobbler di Lot G30, G31 dan G32, Tingkat Bawah, AEON Taman Equine Shopping Centre, No. 2, Jalan Equine, Taman Equine, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. Objektif yang ingin dicapai dalam projek ini adalah menghasilkan perancangan ruang yang yang bersistematik, teratur dan mengikut keperluan setiap ruang yang wujud dalam rekabentuk sebuah ruang perkhidmatan.Malah, menghasilkan imej yang bukan sahaja dapat menarik perhatian pengguna serta bersesuaian dengan ruang dalaman dan memberi keselesaan kepada pengguna. Kaedah yang dijalankan bagi menghasilkan rekabentuk yang berkualiti adalah dengan melakukan kaedah temubual secara langsung dengan pemilik kedai bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas dan terang. Kaedah lain yang dilakukan adalah dengan menjalankan kajian kes ke atas kedai yang berkaitan dengan klien. Selain itu, kaedah dari segi bahan bacaan dan internet juga dijalankan bagi memantapkan lagi laporan dengan memasukkan fakta-fakta yang berkaitan. Kesimpulan yang dapat disimpul dari keseluruhan projek ini adalah berkaitan dengan kajian yang telah dilakukan melalui kaedah kajian kes yang telah banyak membantu dari segi proses rekabentuk dan ruang keperluan yang memberi satu idea dan cadangan bagi memperbaiki ruang yang sedia ada. Malah memberi satu cadangan rekabentuk yang lebih jelas melalui kajian yang telah dijalankan. Konsep yang diterapkan juga memainkan peranan yang penting bagi merekabentuk satu ruang yang lebih baik dan bersistematik.