Anti-Corona / Nur Ardira Syakila Suhaili and Mohd Zamri Azizan
Corona atau covid-19 ialah sejenis virus yang boleh membawa penyakit yang berbaha ya serta membawa maut. Awalannya Covid-19 dikategorikan sebagai virus yang menyebabkan sejenis penyakit di kalangan haiwan mamalia dan burung. Dan kini makhluk yang bernama manusia pula dijadikan tumpuan untuk dilenyap...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Book Section |
| Language: | en |
| Published: |
Faculty of Art and Design
2021
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/59326/1/59326.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/59326/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Corona atau covid-19 ialah sejenis virus yang boleh membawa penyakit yang berbaha ya serta membawa maut. Awalannya Covid-19 dikategorikan sebagai virus yang menyebabkan sejenis penyakit di kalangan haiwan mamalia dan burung. Dan kini makhluk yang bernama manusia pula dijadikan tumpuan untuk dilenyapkan. Virus yang cepat merebak secara drastik ini masih lagi belum sampai ke penghujungnya di mana kes-kes jangkitan yang berlaku di seluruh dunia didapati turut menghasilkan varian baru yang lebih parah lagi meragut nyawa manusia dalam sekelip mata. Kita sebagai manusia yang perihatin perlulah lebih sensitif dan peka serta memberi kerjasama seratus peratus terhadap apa yang telah digariskan oleh kerajaan dalam mengekang virus ini dari terus merebak dan mengembalikan keharmonian negara seperti sebelum ini. Kewajipan untuk membangunkan kembali negara kepada paksi asalnya adalah tanggungjawab bersama yang perlu digalas ketika ini demi kesejahteraan rakyat yang hilang norma-norma kehidupan sejak pandemik melanda negara dewasa ini. Tak mengira apa jua bentuk tindakan yang perlu diambil sebagai sumbangan kesedaran kepada masyarakat kerana yang penting kita sama-sama perihatin dan peka terhadap apa jua situasi yang akan berlaku selepas ini. Di atas kepekaan terhadap situasi semasa maka lahirlah satu bentuk pernyataan seni di mana visi dan misinya lebih menjurus kepada memberi satu sensitiviti kepada masyarakat agar lebih perihatin dan berhati-hati dalam apa jua bentuk aktiviti yang dilakukan yang sentiasa terbatas. |
|---|
