Dodecorona / Muhammad Haikal Najdmie Hairul Nizam and Mohd Zamri Azizan

Saban hari, pandemik wabak Covid-19 masih belum dapat diisytiharkan tamat dek kerana bilangan kes baharu yang kian melonjak naik sehinggakan kerajaan mengeluarkan arahan perintah kawalan pergerakan berkali-kali di negara kita dengan harapan agar wabak ini tidak bertambah parah. Namun situasi sekaran...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hairul Nizam, Muhammad Haikal Najdmie, Azizan, Mohd Zamri
Format: Book Section
Language:en
Published: Faculty of Art and Design 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/59322/1/59322.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/59322/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Saban hari, pandemik wabak Covid-19 masih belum dapat diisytiharkan tamat dek kerana bilangan kes baharu yang kian melonjak naik sehinggakan kerajaan mengeluarkan arahan perintah kawalan pergerakan berkali-kali di negara kita dengan harapan agar wabak ini tidak bertambah parah. Namun situasi sekarang masih tidak ketentuan di mana negara kita setiap hari merekodkan jumlah kes baharu yang tiada penamatnya. Pengkarya akhirnya mendapat idea dan ilham untuk menghasilkan sebuah karya di mana misi dan visinya adalah untuk memberi kesedaran tentang isu global ini kepada penonton. Model tiga dimensi (3D) yang dihasilkan ini diinspirasi dari bentuk semula jadi virus berbahaya yang dewasa ini aktif merebak di seluruh dunia dan senantiasa di bibir masyarakat iaitu virus Covid-19. Cetusan idea baru telah dilakukan secara berperingkat-peringkat dan akhirnya satu olahan bentuk yang unik yang dinamakan Dodecorona dizahirkan sebagai pernyataan seni yang baru dan metafora kepada struktur virus covid-19. Ia merupakan gabungan dua nama iaitu nama geometrinya “dodecahedron” dan nama virus itu sendiri iaitu “corona”.