Kerongsang Tok - Inspirasi terkini rekaan warisan melayu / Rozita Shamsuddin... [et al.]

Barang kemas atau barang perhiasan diri merupakan seni warisan masyarakat Melayu khususnya yang terdiri daripada dua jenis bahan utama yang berharga seperti perak dan emas. Selain daripada itu, logam ini digunakan oleh sebilangan masyarakat sebagai cagaran hidup untuk menghimpun harta (Mohd Kassim H...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Shamsuddin, Rozita, Abdull Manan, Emilia, Abdul Manan, Mohd Masdi, Raja Mohd Yusof, Raja Norazila, A Aziz, Azhar
Other Authors: Hadi, Hamidi
Format: Book Section
Language:en
Published: UiTM Perak Press 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58681/1/58681.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58681/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Barang kemas atau barang perhiasan diri merupakan seni warisan masyarakat Melayu khususnya yang terdiri daripada dua jenis bahan utama yang berharga seperti perak dan emas. Selain daripada itu, logam ini digunakan oleh sebilangan masyarakat sebagai cagaran hidup untuk menghimpun harta (Mohd Kassim Hj. Ali, 1998). Kerongsang Tok merupakan barang perhiasan Melayu lama yang diperbuat daripada logam emas atau saduran warna emas yang semakin diminati oleh masyarakat Melayu moden. ‘Kerongsang Tok’ terdiri daripada 3 bentuk kancing baju atau lebih dikenali dengan panggilan kerongsang yang dipadankan dengan baju kebaya labuh atau kebaya pendek yang memang sudah terkenal di kalangan orang Melayu, Portugis, Nyonya peranakan dan juga kaum Ceti di Melaka sejak berkurun-kurun tahun yang lalu. Beberapa biji kerongsang dipakai untuk mencantumkan baju mereka supaya tidak terdedah disamping menjadi alat perhiasan menggantikan rantai leher. Kerongsang ini dipakai dalam bentuk set tiga biji atau tiga bentuk yang serupa bentuknya atau berlainan tetapi yang seragam motifnya iaitu dua biji bulat sama besar dan satu lagi kerongsang ibu yang berbentuk hati atau ‘paisley’ yang disematkan di bahagian atas sekali. Inspirasi terkini rekaan Kerongsang Tok diilhamkan bagi memberi nafas baru kepada rekaan warisan Melayu lama ini. Inspirasi rekaan terkini diilhamkan daripada pelbagai sumber seperti bunga-bungaan, motif ukiran kayu dan awan larat. Sememangnya, semua kerongsang antik tulen dianggap jarang dan sukar ditemui pada masa kini. Menurut Rahimah Bujang dan Nor Azlin Hamidon (2008), seni melayu adalah seni yang mengetengahkan nilai-nilai murni dan mengisi kehidupan dengan pengertian yang lebih bermakna, menjadikan perlunya satu kelangsungan proses komunikasi kesenian dalam masyarakat. Perkembangan rekaan kerongsang tok terkini berupaya memertabatkan kembali kegembilangan barang kemas warisan Melayu daripada lenyap ditelan arus kemodenan dan relevan di pasaran.