Analisa proses eksperimen ‘Anthotype’ menggunakan kaedah pembelajaran secara jarak jauh dan terbuka / Raziq Abdul Samat, Shafirah Shaari dan Syafiq Abdul Samat.
Semenjak pandemik Covid-19 melanda negara kita, pelbagai kaedah dilaksanakan bagi memembendung penularan wabak ini, diantaranya melaksanakan pembelajaran secara jarak jauh dan terbuka atau dikenali sebagai Open and Distance Learning (ODL) bagi mengelakkan berlakunya keciciran terhadap pelajar. Topik...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Other Authors: | |
| Format: | Book Section |
| Language: | en |
| Published: |
UiTM Perak Press
2022
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58601/1/58601.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58601/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Semenjak pandemik Covid-19 melanda negara kita, pelbagai kaedah dilaksanakan bagi memembendung penularan wabak ini, diantaranya melaksanakan pembelajaran secara jarak jauh dan terbuka atau dikenali sebagai Open and Distance Learning (ODL) bagi mengelakkan berlakunya keciciran terhadap pelajar. Topik berkaitan proses berbentuk seperti eksperimen adalah agak sukar untuk difahami oleh pelajar, jika hanya berpandukan slaid ataupun syarahan semata-semata tanpa ada kaedah demonstrasi, khususnya melibatkan pembelajaran secara pembelajaran terbuka secara jarak jauh ini. Oleh yang demikian, suatu kajian telah diadakan bagi menjawab permasalahan ini. Topik berkaitan ‘Anthotype’ telah dipilih untuk dijadikan sebagai bahan sampel kajian dan ianya hanya menggunakan tumbuh-tumbuhan sebagai bahan utama dalam menghasilkan suatu cetakan. Seramai 15 orang pelajar semester 04 dari Program Diploma Fotografi & Pengimejan Kreatif telah terlibat dalam proses eksperimen ini. Pelajar diberikan tayangan video serta slaid hasil dapatan dan diberi masa sehingga dua minggu untuk menyiapkan eksperimen. Hasil dapatan mendapati hampir kesemua pelajar menggunakan medium tumbuhan selain daripada medium yang ditunjukkan dalam demonstrasi. Bahan utama sepert kunyit dan daun pandan menjadi pilihan pelajar atas faktor bahan ini mudah didapati di kawasan perumahan mereka. |
|---|
