Line of the seasons / Hamdan Lias

‘LINE OF THE SEASONS’, membawa maksud garisan merupakan unsur seni yang paling asas kepada pereka untuk menghasilkan pelbagai ilham rekaan khususnya reka corak batik . Garisan merupakan satu siri titik-titik dengan sambungan titik-titik maka wujudlah garisan. Garisan dihasilkan dengan menggunakan su...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Lias, Hamdan
Other Authors: Hassan, Normarziana (Ts.)
Format: Book Section
Language:en
Published: Faculty of Art and Design 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58582/1/58582.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58582/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:‘LINE OF THE SEASONS’, membawa maksud garisan merupakan unsur seni yang paling asas kepada pereka untuk menghasilkan pelbagai ilham rekaan khususnya reka corak batik . Garisan merupakan satu siri titik-titik dengan sambungan titik-titik maka wujudlah garisan. Garisan dihasilkan dengan menggunakan suatu alat atau media yang bermula dari suatu titik permulaan merentasi sesuatu kawasan hingga terbina satu objek. Selain itu, garisan juga terdapat pada benda alam dan benda buatan manusia. Sebagai contoh garisan pada benda buatan manusia iaitu garisan pada tali, bakul anyaman, kain tenunan, bangunan, tayar kereta, corak fabrik, jala, penapis dan sebagainya. Garisan pada alam semulajadi juga dapat dilihat pada garisan pada batu, haiwan dan tumbuhan seperti akar tumbuhan, tali, urat-urat daun, ombak di lautan, titis-titis hujan, kulit haiwan dan tumbuhan, batu marmar, kulit kayu dan sebagainya. Melalui jalinan kualiti garisan dapat menimbulkan kesan penegasan dalam penghasilan karya mahupun reka corak batik yang hendak dihasilkan. Inspirasi karya yang dihasilkan ini adalah bertemakan kehidupan manusia yang penuh dengan keindahan dan kepahitan. Jalinan garisan yang terdiri daripada pelbagai jenis, arah, saiz atau ketebalan dan warna menggambarkan setiap insan mempunyai identiti dan perjalanan hidup yang berbeza dan berlainan di antara satu sama lain. Setiap insan mempunyai kebaikan dan kelemahan tersendiri, namun jika mereka bersatu padu, segala-galanya akan menghasilkan rasa keindahan dan ketenangan. Jelas kelihatan adalah kesan jalinan tampak secara semulajadi seperti apa yang terdapat pada prinsip rekaan iaitu rentak, arah dan ulangan serta kesan garisan yang tebal dan nipis.