Analisa karya dan pernyataan peribadi pencetak dalam bentuk ‘mini print’ / Azian Tahir... [et al.]

Latar Belakang: Pada 14 Jun 2019, Pameran One Over Two telah dirasmikan di Galeri Segaris Kuala Lumpur. Pameran miniprint yang dianjurkan buat kali kedua di Kuala Lumpur ini telah menarik ramai pengkarya yang mengamalkan teknik seni cetak untuk turut serta. Malahan tema yang disampaikan juga adalah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Tahir, Azian, Muhamad, Noor A’yunni, Mohd Aripin, Nur Adibah Nadiah, Arshad, Mohd Fawazie, Razali, Rosmidahanim
Other Authors: Syed Abu Bakar, Syed Alwi
Format: Book Section
Language:en
Published: UiTM Perak Press 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58201/1/58201.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58201/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Latar Belakang: Pada 14 Jun 2019, Pameran One Over Two telah dirasmikan di Galeri Segaris Kuala Lumpur. Pameran miniprint yang dianjurkan buat kali kedua di Kuala Lumpur ini telah menarik ramai pengkarya yang mengamalkan teknik seni cetak untuk turut serta. Malahan tema yang disampaikan juga adalah terbuka, hal ini telah telah memberi kebebasan pada para artisan untuk berkarya. Oleh itu didapati ada dari karya-karya yang dihasilkan lebih berbentuk pernyataan peribadi yang lebih mesra dan bahasa visualnya lebih mudah difahami. Objektif: Pameran ini telah berjaya menarik minat para pensyarah di UiTM Perak untuk turut serta dan mempamerkan karya masing-masing, oleh itu penulisan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih mendalam tentang karya-karya yang telah dihasilkan dan terpilih menyertai pameran tersebut serta untuk memahami maksud disebalik setiap karya yang terpilih. Method: Penulisan ini akan menggunakan kaedah kualitatif analisis isi di mana data yang dikaji akan ditulis dalam bentuk tema bagi setiap karya dengan maklumat yang memberi refleksi antara pengkaryaan dengan karyanya. Kesimpulan: Sesungguhnya para pensyarah Jabatan Seni Halus di UiTM Perak sentiasa bergerak aktif dalam lapangan dan kemahiran masing-masing walaupun dalam kesibukan tugas hakiki, penghasilan karya tidak boleh ditinggalkan kerana ia merupakan sebahagian daripada aktiviti kemahiran yang kemudiannya boleh dikongsikan bersama para pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.