Lynas: satu kajian kes persepsi audiens terhadap pelaporan berita dalam media cetak di Malaysia / Eng May Chuen dan Edwin Michael
Kajian ini berdasarkan isu pembinanan kilang pemprosessan nadir bumi (tanah jarang) serta isu pembuangan sisa radioaktif di Gebeng, Kuantan Pahang yang menyaksikan bantahan rakyat Malaysia khususnya masyarakat di negeri Pahang dan aktivis-aktivis alam sekitar. Isu Lynas dalam konteks kajian ini dili...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Book Section |
| Language: | en |
| Published: |
Faculty of Administrative Science and Policy Studies
2012
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/55340/1/55340.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/55340/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini berdasarkan isu pembinanan kilang pemprosessan nadir bumi (tanah jarang) serta isu pembuangan sisa radioaktif di Gebeng, Kuantan Pahang yang menyaksikan bantahan rakyat Malaysia khususnya masyarakat di negeri Pahang dan aktivis-aktivis alam sekitar. Isu Lynas dalam konteks kajian ini dilihat dari dua konsep yang penting iaitu persepsi audiens yang terdiri daripada pihak Lynas Corporation Limited itu sendiri serta kumpulan aktivis alam sekitar dikenali sebagai ‘Save Malaysia, Stop Lynas!’ yang mewakili majoriti penduduk Gebeng dan rakyat Malaysia amnya serta peranan media cetak khususnya akhbar tempatan dalam melaporkan isu kontroversi ini. Kajian ini amat penting dalam menunjukkan betapa penilaian dan persepsi audiens berhubung kait dengan tanggungjawab akhbar tempatan dalam melaporkan isu Lynas kepada audiens. Kajian ini juga memperlihatkan betapa akhbar tempatan gagal berfungsi dalam situasi-situasi tertentu seperti ketidakcukupan maklumat dari perspektif ekonomi dan sosial. Akhbar tempatan dikatakan terlalu mensensasikan sesuatu isu sehinggakan gagal mengekalkan kesanggupan audiens untuk mengetahui laporan isu Lynas yang terkini. Walaupun isu ini hangat diperdebatkan serta dipolitikkan, kajian ini menunjukkan bahawa terdapat perubahan dari segi pandangan dan persepsi audiens terhadap tugas akhbar tempatan yang selama ini hanya menjadikan akhbar cetak sebagai tidak lebih daripada ‘panduan’ oleh masyarakat. Kewujudan persepsi sedemikian mencetuskan satu pandangan kritis terhadap peranan, tangungjawab serta etika akhbar tempatan dalam melaporkan kebenaran kepada audiens. |
|---|
