Konsep pemberatan hukuman jenayah dalam syariah dan undang-undang sivil: pelaksanaan dan implikasi / Muhammad Aunurrochim Mas’ad ... [et al.]

Pelaksanaan undang-undang sama ada Islam mahupun sivil adalah untuk melindungi, menjaga serta memperbaiki eko sistem daripada hal-hal yang dapat merosakkan kepentingan individu dan orang ramai. Panduan yang terdapat dalam undang-undang Syariah terdapat di dalam maqasid alSyariah. Setiap jenayah di d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mas’ad, Muhammad Aunurrochim, Abd Murad, Abd Hamid, Abdul Mutalib, Lukman, Wan Ismail, Wan Abdul Fattah, Yalawae, Asming
Format: Book Section
Language:en
Published: Faculty of Administrative Science and Policy Studies 2012
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/55322/1/55322.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/55322/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pelaksanaan undang-undang sama ada Islam mahupun sivil adalah untuk melindungi, menjaga serta memperbaiki eko sistem daripada hal-hal yang dapat merosakkan kepentingan individu dan orang ramai. Panduan yang terdapat dalam undang-undang Syariah terdapat di dalam maqasid alSyariah. Setiap jenayah di dalam undang-undang Syariah telah diperuntukkan hukuman sama ada dari aspek hudud, qisas mahupun takzir. Di dalam undang-undang Syariah, penerapan hukuman boleh memberikan bimbingan bagi pesalah dan penjenayah sekali gus mencegah jenayah dari berulang serta mengurangkan pertambahan bilangan penjenayah. Tindakan ini secara tidak langsung dapat menegakkan keadilan bagi masyarakat. Kertas kerja ini menghuraikan faktor-faktor yang boleh dipertimbangkan oleh hakim semasa menjatuhkan hukuman kepada pesalah. Kertas kerja ini juga menyenaraikan jenis hukuman serta implikasinya terhadap pesalah mengikut pendekatan syariah dan sivil. Kertas kerja ini diharap dapat menyenaraikan aspek pemberatan hukuman atau tasydid ke atas pesalah yang telah disabitkan melakukan kesalahan jenayah adalah dibenarkan selama mana ia menepati prinsip keadilan yang selari dengan perundangan Islam mahupun sivil.