Ketagihan internet serta penerimaan pornografi dalam kalangan belia Malaysia. Kajian dari perspektif dasar keselamatan siber negara / Edwin Michael, Lim Ean Heng dan Eng May Chuen

Pembangunan pesat koridor multimedia global meletakkan belia Malaysia sebaris dengan belia dari negara-negara maju yang terdedah dengan kepelbagaian manfaat teknologi siber. Ketika para ahli akademik di negara ini memberikan tumpuan kepada perdebatan mengenai implikasi media sosial kepada pembanguna...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Michael, Edwin, Ean Heng, Lim, May Chuen, Eng
Format: Book Section
Language:en
Published: Faculty of Administrative Science and Policy Studies 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/55317/1/55317.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/55317/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembangunan pesat koridor multimedia global meletakkan belia Malaysia sebaris dengan belia dari negara-negara maju yang terdedah dengan kepelbagaian manfaat teknologi siber. Ketika para ahli akademik di negara ini memberikan tumpuan kepada perdebatan mengenai implikasi media sosial kepada pembangunan sosio politik negara, kertas kerja ini cuba untuk merungkaikan satu lagi fenomena yang teramat membimbangkan iaitu ketagihan internet dan implikasinya yang teramat teruk dalam kalangan belia di negara ini. Walaupun tiada sebarang data mahupun statistik yang lengkap melibatkan tahap ketagihan internet dalam kalangan golongan muda di negara ini tetapi harus diakui bahawa pendedahan internet dalam kalangan belia di negara ini jauh tidak bezanya dengan belia-belia dari negara Asia yang lain seperti China, Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan dan Singapura yang kini sudah mengiktirafkan ketagihan internet sebagai satu masalah kesihatan awam yang serius. Kajian kualitatif ini akan cuba mengupas sejauhmana implikasi ketagihan internet dan penerimaan serta penolakan pornografi dalam kalangan belia di negara-negara lain dan kemudiannya menganalisis kajian kes melibatkan belia di negara ini. Analisis Dasar Keselataman Siber Negara akan dilihat daripada aspek keberkesanan serta cadangan penambahbaikan dalam usaha memastikan belia di negara ini berada pada landasan yang betul dalam membincangkan tingkah laku pengguna internet serta meminimumkan pendedahan terhadap internet.