Penafsiran Sheikh Ahmad Mustafa Al Marāghī berkaitan sifat-sifat allah dalam Tafsīr Al-Marāghī: satu analisis / Anuar Sopian … [et al.]

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti apakah kaedah dan ciri-ciri penulisan Tafsir al-Marāghī dan bagaimanakah pemikiran Sheikh Ahmad Muṣṭafā al-Marāghī dalam mentafsirkan ayat-ayat tentang sifat-sifat Allah dalam kitab tafsirnya itu. Selain itu apakah penyebab yang mendorongnya untuk mentafsirk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sopian, Anuar, Kamarudin, Nur Asyikeen, Hamzah, Fazlinda, Sharifudin, Mohd Azlan Shah
Format: Article
Language:en
Published: Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54470/1/54470.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54470/
https://journal.uitm.edu.my/ojs/index.php/e-JITU
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti apakah kaedah dan ciri-ciri penulisan Tafsir al-Marāghī dan bagaimanakah pemikiran Sheikh Ahmad Muṣṭafā al-Marāghī dalam mentafsirkan ayat-ayat tentang sifat-sifat Allah dalam kitab tafsirnya itu. Selain itu apakah penyebab yang mendorongnya untuk mentafsirkan ayat-ayat tersebut. Metod pengumpulan data kajian ini dengan menggunakan kajian perpustakaan. Manakala metod analisis data pula menggunakan kaedah deduktif dan analisis dokumen melalui karya Tafsir al-Maraghi itu sendiri. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa penafsiran Sheikh Ahmad Mustafa al-Marāghī dalam menganalisis sifat-sifat Allah s.w.t yang ada di dalam al-Quran cenderung dengan pemikiran aliran Muktazilah. Semua sifat-sifat Allah adalah baik dan mengandungi kemaslahatan untuk semua umat manusia. Selain itu, dalam permasalahan yang berkaitan dengan ayat-ayat tajsīm (berjisim) Sheikh Ahmad Mustafa al-Marāghī memberikan penafsiran yang sama dengan penafsiran yang diberikan oleh aliran teologi rasional dengan mentakwilkan kata-kata ‘ain, wajh, yad dan yamīn. Beliau tidak menfsirkannya secara harfiah seperti yang dilakukan oleh aliran teologi tradisional. Seterusnya dalam menafsirkan perkataan istawa ‘ala ‘arsy, Sheikh al-Marāghi dilihat agak keberatan untuk mentakwilkannya lebih jauh tetapi tidak menyamakan istiwa Allah dengan istiwa manusia kerana bimbang terjerumus kepada tasybīh dan tajsīm.