Semakan arah kiblat masjid-masjid warisan: kajian di Negeri Melaka / Mohd Razlan Ahmad, Radzuan Nordin dan Nor Nazmi Razali

Penentuan arah kiblat yang bagi negara-negara yang jauh daripada Masjidil Haram di Mekah seperti Malaysia memerlukan ilmu dan kemahiran yang khusus terutama dalam bidang ilmu falak. Ini kerana arah kiblat merupakan salah satu elemen yang amat penting dalam kesempurnaan ibadah bagi umat Islam khususn...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad, Mohd Razlan, Nordin, Radzuan, Razali, Nor Nazmi
Format: Book Section
Language:en
Published: Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54237/1/54237.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54237/
https://www.ishec2021.com/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penentuan arah kiblat yang bagi negara-negara yang jauh daripada Masjidil Haram di Mekah seperti Malaysia memerlukan ilmu dan kemahiran yang khusus terutama dalam bidang ilmu falak. Ini kerana arah kiblat merupakan salah satu elemen yang amat penting dalam kesempurnaan ibadah bagi umat Islam khususnya ibadah solat. Kedatangan Islam di Tanah Melayu khususnya di Melaka pada suatu ketika dahulu telah mempengaruhi pembinaan masjid-masjid sebagai wadah kesatuan umat Islam sebagai pusat penyebaran ilmu. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji arah kiblat masjid-masjid yang berusia melebihi 50 tahun dan masih digunakan sehingga hari ini yang dikenali sebagai masjid warisan. Di samping itu, kajian ini ingin memastikan isu mengenai status arah kiblat masjid warisan dapat diselesaikan dengan kaedah semakan dan pengukuran semula yang terkini. Ini kerana kajian yang dilaksanakan oleh pihak Jabatan Mufti Melaka dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah mendapati bahawa arah kiblat masjid-masjid warisan ini tidak menepati arah kiblat sebenar yang telah ditetapkan di Malaysia bagi negeri Melaka iaitu pada azimut 292°. Metodologi kajian berasaskan analisa dokumen dan kajian lapangan telah dijalankan di 55 buah masjid warisan yang berusia antara 50 tahun hingga 293 tahun di seluruh Melaka. Hasil daripada kajian ini telah mendapati terdapat perselisihan azimut kiblat lama pada masjid warisan tersebut dengan nilai azimut kiblat semasa di antara 00° 00’ 11” hingga 17° 28’ 1”. Kajian ini diharap dapat memelihara masjid warisan sebagai sebuah pusat penyebaran ilmu dan tempat yang menepati kehendak maqasid syariah dari dahulu sehingga kini.