Rancangan Perniagaan Asas Keusahawanan (ETR300): Gardening Consultancy / Zanariah Ali … [et al.]

Dewasa ini, kepesatan pembangunan telah mengakibatkan orang ramai berpindah ke bandar dan mempunyai rumah sendiri. Oleh itu banyak rumah-rumah dibina untuk menyediakan kemudahan tempat tinggal untuk mereka. Namun bukan rumah baru sahaja yang disyorkan untuk diindahkan tetapi rumah-rumah yang telah d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ali, Zanariah, Yahya, Yusaini, Mustafa, Nazarul, Mohd Shah, Rafidah, Mohd Muniran, Mundayu
Format: Entrepreneurship Project
Language:en
Published: 1998
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54154/1/54154.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54154/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dewasa ini, kepesatan pembangunan telah mengakibatkan orang ramai berpindah ke bandar dan mempunyai rumah sendiri. Oleh itu banyak rumah-rumah dibina untuk menyediakan kemudahan tempat tinggal untuk mereka. Namun bukan rumah baru sahaja yang disyorkan untuk diindahkan tetapi rumah-rumah yang telah diduduki selama bertahun-tahun juga perlu dicantikkan. Kegawatan di tempat kerja, kepenatan, kekusutan dan masalah di tempat kerja atau harian dapat dihilangkan dengan menikmati udara segar serta pemandangan cantik di rumah sendiri. Justeru itulah kami mencadangkan agar satu perniagaan yang berkonsepkan bunga dan tumbuhan iaitu Gardening Consultancy ditubuhkan untuk menekankan peri pentingnya kedamaian dan keindahan sesuai dengan konsep 'Rumahku Syurgaku" Gardening Consultancy adalah sebuah perniagaan yang menyediakan perkhidmatan prundingan penghijauan, taman bunga di halaman rumah berserta binaan batu sebagai perhiasan yang tertumpu terutamanya di taman taman perumahan. Perniagaan ini mempunyai prospek yang luas dan potensi untuk berkembang. Ini juga selaras dengan kehendak: kerajaan yang mahukan kehijauan dikekalkan terutamanya terhadap pemuliharaan alam sekitar. Kami juga yakin bahawa perniagaan yang kami cadangkan ini berdaya maju dan ianya merupakan salah satu cara untuk mendisiplinkan diri untuk memelihara alam sekitar. Walaupun perniagaan ini mempunyai persaingan namun itu adalah lumrah dan adat berniaga yang harus ditempuhi kelak. Sebagai seorang usahawan kami bersifat innovatif dan sanggup mengalami risiko jika kami mengalami kerugian sekalipon kerana tumbuhan perIu dalam keselesaan hidup kita. Dengan itu kami sebagai bumiputra berwawasan mengambil inisiatif untuk cuba mengekalkan kualiti perkhidmatan di samping keunikan yang tersendiri. Moga moga perniagaan ini akan berjalan lancer dan diredhai olehNya.